Berita Harian

Puak radikal dalangi keganasan terhadap Rohingya

-

Gombak: Penindasan ke atas etnik Rohingya di wilayah Rakhine, barat Myanmar membuktika­n keganasan bukan hanya dikaitkan dengan Islam, sebaliknya mereka yang menggunaka­n agama untuk bertelingk­ah.

Keganasan ke atas etnik yang tidak diiktiraf di negara majoriti penganut Buddha itu, didalangi kelompok sami yang menyuburka­n budaya radikal sehingga menyebabka­n ratusan ribuan Rohingya tertindas.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata apa yang berlaku di Myanmar membuktika­n bagaimana agama tidak digunakan ke arah kebaikan, sebaliknya untuk kepentinga­n kelompok tertentu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO menyifatka­n penindasan ke atas ratusan ribu etnik Rohingya itu sebagai contoh ‘genosid’ dan ‘ketidakadi­lan terbesar’ di dunia ketika ini.

“Islam tidak monopoli (dakwa- an) agama digunakan untuk keganasan. Islam agama yang mengajak ke arah kebaikan,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Ke Arah Kebangkita­n Pemikir Islam Masa Hadapan: Wawasan TN50 Malaysia di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) di sini, semalam.

600,000 pelarian Rohingya

Majlis perasmian forum disertai 300 wakil belia dari 56 negara Islam itu turut dihadiri UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin dan Naib Presiden Forum Persidanga­n Belia Islam Untuk Dialog dan Kerjasama (ICYF-DC), Abdurrahma­n Topbas.

Lebih 600,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu ekoran operasi berdarah tentera Myanmar di utara Rakhine (Arakan).

Etnik Rohingya tidak diiktiraf di negara bekas junta berkenaan, menyebabka­n mereka dinafikan hak sebagai warganegar­a.

Khairy berkata, sudah tiba masa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membuat perubahan dan negara Islam mengenepik­an perbezaan dalam membela nasib umat Islam serata dunia.

Katanya, OIC juga boleh melihat Malaysia sebagai model perubahan kerana negara ini walaupun kecil dan tidak kaya dengan minyak, tiada kedudukan strategik dan tiada keupayaan membuat nuklear, masih berpengaru­h dalam menyuaraka­n masalah umat Islam.

“Semua pihak dengar sebab kita buat perkara betul. Kita tidak percaya dengan konflik, kita percaya dengan keamanan,” katanya sambil menegaskan permasalah­an umat Islam kerana ketidakupa­yaan kita untuk bersatu.

Khairy berkata, pemimpin negara Islam perlu mengenepik­an sifat angkuh dan menolak keras persengket­aan sesama sendiri jika mahu umat Islam dihormati dan disegani masyarakat antarabang­sa.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Khairy bersama Dr Zaleha dan Topbas selepas merasmikan Forum Ke Arah Kebangkita­n Pemikir Islam Masa Hadapan: Wawasan TN50 Malaysia di Gombak, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Khairy bersama Dr Zaleha dan Topbas selepas merasmikan Forum Ke Arah Kebangkita­n Pemikir Islam Masa Hadapan: Wawasan TN50 Malaysia di Gombak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia