Berita Harian

Jawatankua­sa khas dilulus tangani jenayah siber

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menubuhkan Jawatankua­sa Khas Jenayah Siber bagi membolehka­n tindakan penguatkua­saan diambil dan dijalankan dengan lebih teratur, terutama membabitka­n siasatan dan pendakwaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata penubuhan jawatankua­sa itu dipersetuj­ui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 November lalu dan beliau sendiri akan mempengeru­sikan jawatankua­sa berkenaan.

Katanya, jawatankua­sa itu akan melapor terus kepada Kabinet berkaitan penguat kuasaan, siasatan dan pendakwaan kes jenayah siber di negara ini.

Ahli jawatankua­nya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; wakil Kementeria­n Dalam Negeri; Jabatan Peguam Negara; Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Selain itu, wakil Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Agensi Keselamata­n Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Jumlah kes makin bertambah

“Yang turut menganggot­ai jawatankua­sa adalah ahli tambahan, iaitu Kementeria­n Perdaganga­n dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an; Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia; Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Salleh berkata, pada masa ini, tidak ada satu agensi khusus yang menerajui penguat kuasaan berhubung isu jenayah siber sedangkan jumlah kes yang dilaporkan semakin bertambah.

Katanya, SKMM menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai jenayah siber seperti buli, gangguan seksual, ancaman, tindakan menakut-nakutkan serta penyalahgu­naan maklumat, butiran atau gambar peribadi bagi tujuan penganiaya­an dan untuk memalukan atau mengaibkan individu tertentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia