Berita Harian

Sedia laporan bina tembok untuk kerajaan DAP

Usaha jamin keselamata­n termasuk taman rimba di Pulau Pinang

- Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

Jawatankua­sa khas bagi menangani masalah tanah runtuh akan menyediaka­n laporan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung syor membina tembok penghadang di lereng bukit taman rekreasi yang berisiko berlaku runtuhan.

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjun­g, Datuk Nor Akhirrudin Mahmud, berkata pihaknya sudah mengambil maklum mengenai perkara itu dan laporan mengenainy­a akan dibuat jawatankua­sa berkenaan yang turut dianggotai Jabatan Perhutanan Pulau Pinang.

“Syor ini sebahagian langkah keselamata­n kerana ketika ini beberapa taman rimba di bawah seliaan jabatan terpaksa ditutup berikutan tanah runtuh dan pokok tumbang awal bulan ini.

“Malah, tembok berkenaan sangat diperlukan bagi menghalang tanah daripada menggelung­sur berikutan struktur yang kurang kukuh selain bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Jabatan Perhutanan mencadangk­an kerajaan negeri membina tembok penghadang di lereng bukit berdekatan taman rekreasi yang berisiko berlaku runtuhan tanah.

Susulan itu, EXCO Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh, memaklumka­n pihaknya bersedia mengambil maklum mengenai syor berkenaan dan mahu wakil daripada Jabatan Perhutanan negeri datang dan bincangkan perkara berkenaan secara terus dengan kerajaan negeri.

Sementara itu, Pengarah Perhutanan Pulau Pinang, Rusli Tahir, berkata laporan berkenaan akan dibuat sejurus perbinca-

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad lalu.
Keratan akhbar BH Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia