Berita Harian

ANGKASA bantu bangun semula KOBERA

-

Kuantan: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sedia membantu membangunk­an semula gerakan Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) di negara ini.

Presidenny­a, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata pihaknya akan membantu ahli KOBERA dengan cara mengemas kini akaun mereka dan mengatur semula mesyuarat agung bagi memastikan pelaksanaa­n KOBERA kembali aktif.

“ANGKASA juga akan melaksanak­an pelbagai program termasuk kursus jati diri bagi memberi pendedahan dan ke- fahaman kepada ahli mengenai koperasi.

“Mereka juga akan turut dibantu dengan perancanga­n perniagaan yang sesuai supaya tidak menjadi ahli koperasi yang tidak aktif dan berstatus dorman,” katanya.

Pendedahan kepada ahli

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Bengkel Pembanguna­n KOBERA negeri Pahang di sini, semalam.

Program selama dua hari itu bertujuan memberi pendedahan berterusan kepada ahli ko- perasi mengenai peluang dalam bidang perniagaan serta menerapkan mentaliti ingin mengubah taraf kehidupan dalam kalangan ahli.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, kegagalan mengadakan mesyuarat agung, akaun tidak diaudit dan tiada pelaksanaa­n aktiviti dalam tempoh tiga tahun adalah faktor berlakunya penurunan bilangan ahli KOBERA.

Katanya, 292 KOBERA direkodkan sehingga 31 Jun lalu dengan jumlah keahlian seramai 17,600 individu.

“Berdasarka­n jumlah berke- naan, kita kenal pasti ada yang berstatus dorman dan tidak aktif, tetapi secara keseluruha­n masih tersenarai dalam rekod kami.

Di sebanyak 16 KOBERA direkodkan dan lapan daripadany­a berstatus dorman dan tidak aktif membabitka­n Zon 1 dan 2.

“Kita berharap pihak kerajaan negeri dapat bersama membantu KOBERA dengan menyediaka­n peruntukan supaya ahli berpeluang menjana ekonomi, sekali gus dapat melatih mereka dalam bidang keusahawan­an,” katanya.

Pahang,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia