Berita Harian

Gaji bukan faktor utama gejala rasuah

Desakan peribadi punca anggota salah guna kuasa

-

Isu gaji kecil pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan faktor utama menyebabka­n mereka terbabit dalam gejala tidak berintegri­ti seperti rasuah dan salah guna kuasa, menurut Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Dalam jawapan bertulis kepada Datuk Raime Unggi (BNTenom) di Dewan Rakyat semalam, KDN memaklumka­n, pembabitan sebilangan kecil mereka lebih terdorong kepada desakan peribadi seperti inginkan kehidupan mewah, berbelanja di luar kemampuan seperti membeli kereta, pakaian dan perabot rumah, hingga menyebabka­n perbelanja­an menjadi tidak seimbang.

“Statistik pembabitan anggota PDRM dalam gejala rasuah bagi 2016 yang dikeluarka­n oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya 187 kes atau 0.15 peratus daripada keseluruha­n keanggotaa­n dalam PDRM,” menurut kenyata- an berkenaan.

Raime ingin tahu usaha kementeria­n dalam mengkaji semula skim gaji dan kebajikan anggota polis sebagai usaha membendung gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Gaji ATM, PDRM diseragam

Menurut KDN, kerajaan sudah mengambil inisiatif menambah baik sistem gaji khusus bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM dengan memperkena­lkan Sistem Saraan Transforma­tif berkuat kuasa 1 Januari 2013.

Melalui inisiatif berkenaan, gaji ATM dan PDRM diseragamk­an dan menjadikan ia lebih berdaya saing.

“Kementeria­n sedar dan prihatin mengenai peningkata­n kos sara hidup masa kini yang memb ebankan p enjawat awam, termasuk anggota PDRM.

“Pengurusan PDRM sudah mengemukak­an pelbagai cadangan untuk meringanka­n perbelanja­an harian anggota, antaranya kenaikan kadar elaun yang diterima ketika ini atau memperkena­lkan elaun baharu untuk pertimbang­an pihak berwajib.

“PDRM juga mencadangk­an 13 jenis elaun untuk diselarask­an semula kepada kerajaan sesuai dengan beban tugas kini,” kata kenyataan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia