Berita Harian

Honda Malaysia serah kereta bantu pelajar PAV

-

Masjid Tanah: Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) menyerahka­n sebuah kereta Honda Jazz 1.5L kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin di sini, bagi kegunaan pelajar yang mengikuti program Pendidikan Asas Vokasional (PAV).

Timbalan Presiden Kumpulan Pembuatan Honda Malaysia, Syahril M Azmi, berkata kereta bernilai lebih RM80,000 itu akan dijadikan bahan pembelajar­an kepada pelajar yang akan mendukung kemajuan teknologi automotif negara.

Honda serah 3 unit lagi

Beliau berkata, selain SMK Sultan Alauddin, Honda Malaysia turut menyumbang tiga lagi unit kenderaan kepada SMK Naning, Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin dan Kolej Vokasional Melaka Tengah.

“Dengan penyerahan ini, kita berharap dapat meneruskan hu- bungan dua hala dengan pihak sekolah seterusnya menjalin perkongsia­n teknologi dan latihan industri di syarikat ini.

“Malah, wakil Honda Malaysia juga akan datang ke sekolah bagi memberi latihan dan pembelajar­an mengenai teknologi, khususnya kepada guru dan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan kereta berkenaan yang disempurna­kan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Mohd Rashid Mohd Sidek di SMK Sultan Alauddin, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali dan Pengetua SMK Sultan Alauddin, Salbiah Ahmad.

SMK Sultan Alauddin adalah satu-satunya sekolah harian di Melaka yang mempunyai mata pelajaran PAV Automotif dikhususka­n kepada pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga.

 ?? [FOTO NOOR AZURIN MOHD SHARIF/BH] ?? Shahril (kiri), Mohd Rashid (tiga dari kiri) dan Salbiah melihat Honda Jazz disumbangk­an HMSB untuk pembelajar­an pelajar PAV di Masjid Tanah, semalam.
[FOTO NOOR AZURIN MOHD SHARIF/BH] Shahril (kiri), Mohd Rashid (tiga dari kiri) dan Salbiah melihat Honda Jazz disumbangk­an HMSB untuk pembelajar­an pelajar PAV di Masjid Tanah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia