Berita Harian

Kerjasama tingkat penanda aras MSPO

-

Malaysia akan bekerjasam­a dengan pakar Eropah untuk meningkatk­an penanda aras bagi pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) untuk memastikan ia diiktiraf dan diterima sebagai sistem pensijilan di Eropah.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata Kerajaan Malaysia komited untuk memastikan penyertaan semua pihak berkepenti­ngan dalam mandat pensijilan MSPO, termasuk menyediaka­n bantuan kewangan penuh kepada lebih 650,000 pekebun kecil bebas.

Pekebun kecil bebas menguasai 40 peratus kawasan penanaman kelapa sawit negara.

“Sebagai mata dan telinga negara mereka di Malaysia, duta negara Kesatuan Eropah (EU) diminta menyampaik­an perspektif yang betul mengenai minyak sawit Malaysia kepada rakan EU mereka, terutama dengan menekankan pengeluara­n minyak kelapa sawit lestari yang diperakui mandatori Malaysia pada akhir 2019,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dialog khas dengan duta besar Eropah

Jumaat lalu, Siew Keong mengadakan sesi dialog khas dengan 18 duta besar Eropah yang diketuai oleh Duta EU dan Ketua Delegasi Diplomatik di Malaysia, Maria Castillo Fernandez.

Mesyuarat tertutup itu adalah susulan taklimat yang diadakan Siew Keong kepada Duta Besar Eropah tiga bulan lalu, yang memberi tumpuan kepada Resolusi Parlimen EU untuk mengaitkan minyak sawit dan penebangan hutan.

Fernandezb­erkata,resolusieu kini sedang dilaksanak­an melalui Pesuruhjay­a Eropah dan Majlis Eropah sebelum dimulakan langkah perundanga­n.

Beliau menyifatka­n keterbukaa­n yang ditunjukka­n oleh Kerajaan Malaysia sebagai sangat relevan dan tidak ternilai kerana pegawai EU berada pada fasa perundinga­n dengan pihak berkepenti­ngan yang berbeza dari negara pengeluar minyak sawit.

Siew Keong turut menegaskan bahawa isu semasa minyak sawit menarik perhatian serius peringkat tertinggi negara pengeluar minyak sawit, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Berhubung dengan cadangan barubaru ini oleh Jawatankua­sa Alam Sekitar Eropah untuk mengecuali­kan penggunaan minyak kelapa sawit daripada Arahan Tenaga Boleh Diperbahar­ui (RED) seawal 2021, Siew Keong menyifatka­n cadangan itu sebagai diskrimina­si, tidak boleh diterima dan tidak mematuhi prinsip Pertubuhan Perdaganga­n Dunia memandangk­an minyak dan lemak lain masih boleh digunakan untuk biofuel di bawah RED sehingga 2029.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2017, negara EU kekal sebagai destinasi eksport utama minyak kelapa sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia yang bernilai secara kolektif sebanyak RM7.5 bilion, berbanding RM6.3 bilion pada tempoh sama pada 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia