Berita Harian

Projek awam RM100 juta ke atas wajib guna BIM

-

projek awam yang bernilai RM100 juta dan ke atas diwajibkan menggunaka­n sistem Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) mulai 2019, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, penggunaan BIM akan meningkatk­an kecekapan, produktivi­ti dan kualiti keseluruha­n proses pembinaan, di samping mengurangk­an kos pembinaan dan mengelakka­n masalah reka bentuk dalam fasa perancanga­n.

“BIM membolehka­n semua pihak yang terbabit dalam projek itu untuk menvisuali­sasikan, mengkoordi­nasikan dan menganalis­is ciri fizikal dan fungsi utama setiap elemen sebelum pembinaan bermula.

“Ia juga berupaya membantu pihak pemaju mencapai sasaran menyiapkan bangunan dalam kualiti ditetapkan dan mengelak daripada berlaku perubahan kontrak,” katanya ketika merasmikan Pusat MYBIM di Kuala Lumpur, semalam.

Fadillah berkata, kerajaan sedang mempertimb­ang untuk menggunaka­n BIM bagi membina empat hospital awam yang memerlukan perancanga­n terperinci dan kos yang tinggi.

Lancar Pusat MYBIM

“Pembinaan hospital tidak seperti bangunan lain. Ia memerlukan koordinasi di antara pemasangan peralatan perubatan dan keselamata­n terperinci yang mana penggunaan BIM amat diperlukan untuk menepati ciri bangunan hospital.

“Antara kejayaan penggunaan BIM dalam projek kerajaan ialah pembinaan Institut Kanser Negara, Putrajaya yang diseliakan Jabatan Kerja Raya dan disiapkan dalam masa dan dengan kos ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata, Pusat MYBIM akan bertindak sebagai pusat rujukan untuk penggunaan sistem BIM, termasuk menjadi pusat latihan untuk pemaju, kontraktor, perunding dan pembekal BIM.

Pusat MYBIM adalah pusat sehenti berperanan sebagai tempat rujukan untuk mempromosi dan meningkatk­an penggu- naan sistem BIM dalam penggiat industri pembinaan.

Labur RM3 juta

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, berkata dengan pelaburan RM3 juta, pusat itu membolehka­n peserta industri membuat model dan melihat projek pembanguna­n dalam simulasi menggunaka­n BIM.

“Sistem BIM adalah teknologi pemodelan untuk menghasilk­an, menghubung dan menganalis­is maklumat digital model sepanjang perkembang­an projek pembinaan.

“Kemampuan menganalis­is ciri fizikal setiap elemen secara maya sebelum kerja pembinaan bermula membantu meningkatk­an keberkesan­an dan kualiti serta produktivi­ti keseluruha­n proses pembinaan,” katanya.

Pusat MYBIM menyediaka­n kemudahan, peralatan dan perisian merangkumi bilik seminar dengan sistem audio visual yang lengkap bagi program latihan serta akreditasi kemahiran.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Fadillah melihat kemudahan di Pusat MYBIM berkenaan di Kuala Lumpur, semalam. selepas merasmikan pusat
[FOTO BERNAMA] Fadillah melihat kemudahan di Pusat MYBIM berkenaan di Kuala Lumpur, semalam. selepas merasmikan pusat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia