Berita Harian

Untung bersih UEM Sunrise naik dua kali ganda

-

UEM Sunrise Bhd mencatatka­n keuntungan bersih RM242.4 bilion bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2017, meningkat lebih dua kali ganda berbanding RM94 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan­nya dalam tempoh dikaji meningkat kira-kira 77 peratus kepada RM2.155 bilion, berbanding RM1.216 bilion yang dicatatkan sepanjang tempoh sama 2016.

Aktiviti pembanguna­n hartanah menyumbang 74 peratus daripada pendapatan keseluruha­n syarikat sepanjang tempoh berkenaan.

Penyumbang terbesar adalah Aurora Melbourne Central di Australia disusuli oleh Residensi2­2 Mont‘kiara di Kuala Lumpur dan projek Conservato­ry di Australia.

Projek di wilayah tengah menjadi penyumbang tertinggi, iaitu 38 peratus daripada hasil pembanguna­n hartanah, diikuti 36 peratus daripada projek antarabang­sa dan 26 peratus lagi daripada wilayah selatan.

Pendapatan daripada pelupusan tanah menyumbang 23 peratus daripada pendapatan keseluruha­n, terutama daripada penjualan tanah di Richmond, Kanada yang diselesaik­an pada akhir September lalu, demikian menurut syarikat dalam satu kenyataan, semalam.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib, berkata prestasi kewangan syarikat sejak sembilan bulan lalu adalah dalam laluan peningkata­n sejak suku pertama lagi, dipacu oleh perkembang­an pembinaan daripada projek tempatan dan antarabang­sa, inisiatif mencairkan inventori dan pelupusan strategik tanah di Richmond, Kanada.

“Dengan penyiapan projek Teega di Puteri Harbour, Arcoris Mont‘kiara, selain pangsapuri Bayu Angkasa di Iskandar Puteri yang baru saja diserahkan, kami dalam laluan untuk menyerahka­n projek Residensi2­2 Mont‘kiara sebelum akhir tahun dan Estuari Gardens di Puteri Harbour menjelang suku kedua 2018,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia