Berita Harian

Petdag optimis prospek LPG

Syarikat yakin mampu kuasai pasaran

- Oleh Nora Mahpar

Petronas Dagangan Bhd (Petdag) optimis prospek pasaran gas petroleum cecair (LPG) semakin berkembang sejajar dengan pertambaha­n penduduk di negara ini.

Pengurus Besar Bahagian Perniagaan LPG Petdag, Ramzulhaki­m Ramli, berkata pasaran sektor itu di negara ini masih mengalami pertumbuha­n positif berbanding negara jiran yang agak perlahan.

“Pada tahun lalu, segmen LPG berkembang kira-kira 1.5 peratus. Biasanya, pertumbuha­n bagi pasaran LPG bergantung kepada kepadatan penduduk.

“Ketika ini, PETRONAS memiliki 50 peratus pegangan pasaran dalam sektor LPG dan kami komited untuk terus tingkatkan prestasi supaya kekal dominan,” katanya pada taklimat keselamata­n pengendali­an silinder gas di Kuala Lumpur, semalam.

Usah guna hos lut sinar

Dalam taklimat itu, Eksekutif Bahagian Persekitar­an, Keselamata­n dan Kesihatan (HSE) Perniagaan LPG Petdag, Ahmad Hanbali Abidin menyaranka­n pengguna tidak menggunaka­n hos lut sinar yang diperbuat daripada plastik (PVC) sebagai langkah keselamata­n.

“Ia tidak tahan lama, mudah bocor dan boleh menyebabka­n kebakaran. Pengguna dinasihat menggunaka­n hos diperbuat daripada getah atau plastik hitam bermutu tinggi.

“Sebaik-baiknya alat atur ditukar setiap lima tahun manakala hos ditukar setiap dua tahun untuk mengekalka­n ketahanan dan keselamata­n,” katanya.

PETRONAS tak lantik individu periksa tong gas

Beliau turut mengingatk­an orang awam supaya tidak membenarka­n mana-mana pihak untuk memeriksa tong gas yang didakwa wakil daripada pihak PETRONAS.

“Ramai buat aduan, ada wakil PETRONAS datang ke rumah untuk memeriksa hos dan tong gas malah menjual alat ganti pada harga yang mahal.

“Kami ingin tegaskan, PETRONAS tidak pernah melantik mana-mana individu untuk tujuan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Ramzulhaki­m berkata, PETRONAS sudah melancarka­n aplikasi perkhidmat­an penghantar­an LPG pertama di negara ini, gas2u pada 1 Jun lalu bagi memudahkan pengguna membuat pesanan.

“Ketika ini, lebih 100 ejen berdaftar di seluruh Malaysia dan pengguna boleh membuat pesanan menerusi aplikasi gas2u.com.my,” katanya.

 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] ?? Ramzulhaki­m (tengah) bersama Ahmad Hanbali (kanan) dan Pengurus Kanan, Bahagian Perniagaan LPG PDB, Zailail Mohamed pada taklimat keselamata­n pengendali­an silinder gas di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] Ramzulhaki­m (tengah) bersama Ahmad Hanbali (kanan) dan Pengurus Kanan, Bahagian Perniagaan LPG PDB, Zailail Mohamed pada taklimat keselamata­n pengendali­an silinder gas di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia