Berita Harian

Lingkungan pasaran negatif

Bursa Malaysia ditutup rendah dipengaruh­i sentimen luaran lemah

-

keuntungan,” katanya

Beliau berkata, sentimen itu diburukkan lagi oleh faktor luaran yang lemah, antara lain ketidakten­tuan pentadbira­n Jerman selepas rundingan mengenai kerajaan campuran menemui jalan buntu.

Reaksi sementara

Bagaimanap­un, beliau yakin ia hanya reaksi sementara memandangk­an situasi politik berterusan di Jerman dijangka tidak menjejaska­n ekonomi terbesar Eropah.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing kurang satu sen kepada RM9.21 dan RM7.28, TNB merosot dua sen kepada RM14.82, Public Bank susut enam sen kepada RM20.32, manakala Sime Darby naik dua sen kepada RM8.99.

Saham aktif pula, TH Heavy Engineerin­g naik 1.5 sen kepada 13 sen. Trive Property, Sumatec, Diversifie­d Gateway dan DGB Asia masingmasi­ng tidak berubah pada lapan sen, 5.5 sen, 8.5 sen dan 14 sen. Berdasarka­n sektor, Indeks Kewangan susut 76.11 mata kepada 15,975.26, Indeks Perladanga­n turun 19.9 mata kepada 7,888.63 bagaimanap­un Indeks Perusahaan naik enam mata kepada 3,143.97.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi men- gatasi kaunter untung sebanyak 610 berbanding 239 manakala 460 kaunter tidak berubah, 567 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 1.97 bilion unit bernilai RM2.14 bilion daripada 2.21 bilion unit bernilai RM2.22 bilion pada Jumaat. Jumlah Pasaran Utama tidak berubah pada 1.20 bilion unit bernilai RM2.01 bilion daripada 1.20 bilion unit bernilai RM2.03 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Jumlah dagangan Pasaran ACE mengecil kepada 543.14 juta saham bernilai RM106.4 juta daripada 778.47 juta saham bernilai RM163.47 juta sebel um ini. Jumlah dagangan waran berkuranga­n 222.64 juta unit bernilai RM22.61 juta daripada 224.39 juta unit bernilai RM25.33 juta pada Jumaat minggu lalu.

Barangan pengguna menyumbang 40.36 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (286.78 juta), pembinaan (58.35 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (461.98 juta), teknologi (209.76 juta), infrastruk­tur (3.69 juta), SPAC (355,000), kewangan (38.33 juta), hotel (1.65 juta), hartanah (87.68 juta), perladanga­n (12.93 juta), perlombong­an (16,600), REIT (6.56 juta) dan dana tertutup (5,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia