Berita Harian

Mekanik tak mengaku salah alih RM56,500 ke akaun sendiri

-

Kuala Lumpur: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan mengalihka­n wang tunai berjumlah RM56,500 milik seorang lelaki ke akaun banknya pada Mei tahun lalu.

Siau Yoke Min, 49, yang didakwa di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman, dituduh dengan curang membantu menyembuny­i atau mengalihka­n harta milik Soh Hao Yee, 22, iaitu wang tunai RM56,500.

Wang berkenaan dialihkan ke akaun CIMB miliknya di Public Bank Cawangan Sri Petaling, Brickfield­s, di sini, pada 5 dan 6 November 2016.

Hukuman penjara lima tahun

Dia dituduh mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd Halim. Mahkamah menetapkan 19 Disember ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Di Mahkamah Majistret berasingan, Yoke Min bersama dua rakannya, ejen pelanconga­n, Kamarulzam­an Md Noh, 39, dan jurujual, Lau Chee Chong, 39, mengaku tidak bersalah cuba menipu Ooi Eng Beng, 42.

Mereka didakwa menggunaka­n kad pengenalan milik Su Ho Siang, 39, dengan tujuan mengambil telefon Samsung J3 Pro di Harvey Norman yang dalam pengetahua­n semua tertuduh, kad pengenalan Ho Siang adalah palsu.

Semua tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan perbuatan itu di Kondominiu­m Residensi M, Jalan Ampang, di sini pada jam 12.15 tengah malam, 5 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 417/511 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 118 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Yoke Min (kiri) bersama Kamarulzam­an dan Chee Chong (tengah) di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Yoke Min (kiri) bersama Kamarulzam­an dan Chee Chong (tengah) di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia