Berita Harian

4 remaja dipenjara 15 tahun rogol gadis bawah umur

Hakim tetap 5 Disember sebutan semula, hukuman seorang lagi juvana

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Empat pemuda dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas didapati bersalah merogol gadis bawah umur secara be- ramai-ramai, dua tahun lalu.

Muhammad Nuzul Ikhram Nurallail, 21; Mohamad Ridzuan Mohd Asri, 21; Muhammad Saiful Fauzi, 20, dan Muhammad Azlan Md Lazan, 21, dijatuhi hukuman itu selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah.

Tunggu laporan akhlak

Hakim, Mohd Fauzi Mohd Nasir turut menetapkan 5 Disember ini untuk sebutan semula dan menjatuhka­n hukuman terhadap seorang lagi tertuduh yang juga juvana bagi menunggu laporan akhlak.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol beramai-ramai dan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 30 tahun.

Kes dikendalik­an oleh Tim- balan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun, manakala kelima-lima tertuduh diwakili peguam, Hussin Othman.

Lakukan jenayah di tandas awam

Pada 7 Disember 2015, semua tertuduh termasuk juvana itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun.

Mereka didakwa melakukan jenayah itu di sebuah tandas awam taman rekreasi di Taman Setia Tropika, Kempas, antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.

Sepanjang tempoh perbicaraa­n sejak Disember 2015, seramai 16 saksi pendakwaan dan pembelaan dipanggil memberi keterangan.

 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 8 Disember 2015.
Keratan akhbar BH pada 8 Disember 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia