Berita Harian

Usia 11 tahun positif syabu

-

Alor Setar: Usia baru mencecah 11 tahun, namun seorang kanakkanak lelaki di Kampung Kuala Sala, di sini disahkan positif dadah jenis syabu.

Lebih menyedihka­n, laluan gelap hidupnya itu berpunca daripada ketagihan ibu dan bapanya yang masing-masing kini berada di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas keluar dari Pusat Rawatan dan Pemulihan.

Kanak-kanak itu adalah antara empat beradik berusia antara 30 hari hingga 11 tahun, yang tinggal bersama ibu bapa mereka di sebuah rumah daif.

Dua beradik lain dijaga nenek di Pokok Sena manakala dua lagi tinggal berasingan. termasuk seorang sudah berkahwin.

Status kanak-kanak berusia 11 tahun itu dibongkar susulan saringan awal AADK ketika rumah mereka dikunjungi pihak berkenaan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tujuan pemantauan.

Ikon AADK Kedah, Dr Zaki Yamani Abd Rashid, berkata penemuan itu amat mengejutka­n, malah kanak-kanak itu dikatakan kerap ponteng sekolah kerana tidak minat belajar.

Keluarga tak terurus

“Ketika dikunjungi, keadaan rumah mereka dalam keadaan menyedihka­n manakala anak pasangan berkenaan juga tidak terurus.

“Ibu kanak-kanak itu baru sebulan bersalin dan dikatakan membawa bayi lelakinya bersama seorang lagi anak berusia empat tahun meminta sedekah di hadapan sebuah bank di Simpang Empat, dekat sini.

“Saya difahamkan, wang hasil sedekah itu dipercayai digunakan untuk membeli dadah kerana suaminya tidak bekerja,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dr Zaki berkata, anak sulung pasangan itu berusia 20 tahun dan sudah berkahwin, manakala anak ketiga dan keempat menetap di rumah nenek mereka di Pokok Sena.

Katanya, anak kedua iaitu lelaki berusia 17 tahun tidak bersekolah dan dipercayai menetap di Kuala Lumpur, manakala empat yang lain termasuk yang disahkan positif dadah itu tinggal di rumah berkenaan.

“Kita menyelamat­kan anak pasangan itu bagi mengelak terjebak dengan dadah, seperti mana anak kelima yang menunjukka­n positif dadah.

“Empat anak pasangan berkenaan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

“Bayi lelaki berusia 30 hari itu pula dalam keadaan lemah, dipercayai tidak mendapat makanan seimbang,” katanya.

Dr Zaki berkata, pasangan itu pernah menerima bantuan JKM termasuk membaiki rumah dan pelbagai sumbangan lain, namun mereka menjualnya untuk mendapatka­n wang.

 ?? [FOTO IHSAN AADK] ?? Ketua Unit Pencegahan AADK Kota Setar, Suria Azlina Shaari memangku bayi lelaki berusia 30 hari yang sering dibawa ibunya untuk meminta sedekah di hadapan sebuah bank di Simpang Empat, Alor Setar.
[FOTO IHSAN AADK] Ketua Unit Pencegahan AADK Kota Setar, Suria Azlina Shaari memangku bayi lelaki berusia 30 hari yang sering dibawa ibunya untuk meminta sedekah di hadapan sebuah bank di Simpang Empat, Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia