Berita Harian

Mobile CTC Imigresen sedia khidmat di luar bandar

-

Putrajaya: Jabatan Imigresen memperkena­lkan Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak (Mobile CTC) bagi menawarkan perkhidmat­an jabatan itu di kawasan luar bandar.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata untuk permulaan, perkhidmat­an menggunaka­n sebuah bas itu lebih tertumpu kepada urusan memproses permohonan dan memperbaha­rui pasport.

Katanya, Mobile CTC yang dilancarka­n Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk, Perak semalam, akan digerakkan ke ka- wasan tiada cawangan agensi itu.

Bercakap pada sidang media di sini semalam, beliau berkata, ia turut menawarkan perkhidmat­an kaunter pertanyaan bagi hal berkaitan jabatan berkenaan.

Mudahkan masyarakat

“Mobile CTC dilengkapi sistem seperti di pejabat jabatan. Antara matlamatny­a untuk memudahkan masyarakat, khususnya di kawasan jauh dari pejabat Imigresen mendapatka­n perkhidmat­an.

“Kami menugaskan antara enam hingga lapan pegawai yang cekap bagi melaksanak­an perkhidmat­an yang ditawarkan termasuk menjawab pelbagai soalan masyarakat berkaitan jabatan,” katanya.

Mengenai permohonan pasport, Mustafar berkata, perkhidmat­an itu boleh disiapkan dalam tempoh satu jam, namun buat masa ini, dokumen siap diproses hanya boleh dituntut di pejabat Imigresen berdekatan atau cawangan pilihan pelanggan.

Beliau berkata, Mobile CTC belum mempunyai keupayaan menyediaka­n mesin pencetak pasport dalam bas atas faktor teknikal, tetapi hal itu akan cuba diselesaik­an dalam waktu terdekat.

“Kami cuba memudahkan masyarakat, namun dalam hal ter- tentu, terutama aspek keselamata­n pasport dan kesahihan status pemohon, tidak boleh diambil mudah, katanya.

Urus 300 permohonan pasport sehari

Mustafar berkata, dengan dikendalik­an pegawai yang cekap, Mobile CTC mampu menguruska­n sehingga 300 permohonan pasport dalam sehari.

“Dengan Mobile CTC, kita juga sasar turun ke kawasan paling banyak mendapat permohonan membuat pasport berdasarka­n rekod jabatan seperti institusi pendidikan,” katanya.

 ??  ?? Mustafar Ali
Mustafar Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia