Berita Harian

Pegawai daerah diarah wujud jawatankua­sa pantau sungai

Langkah bagi elak pencemaran ammonia berulang sehingga jejas operasi LRA

- Oleh Mohamed Farid Noh

Semua pegawai daerah di Johor diarah mewujudkan jawatankua­sa khas yang disertai semua agensi berkepenti­ngan bagi memantau aktiviti di sepanjang sungai untuk mengelakka­n pencemaran sumber air mentah.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata kerajaan negeri memandang serius beberapa kejadian pencemaran sumber air di negeri ini.

Bercakap kepada pemberita di sini semalam, beliau berkata, kejadian itu menyebabka­n beberapa Loji Rawatan Air (LRA) perlu menghentik­an operasi, sekali gus menjejaska­n bekalan air kepada penduduk.

Tindakan lebih tegas

“Kita tak akan kompromi lagi, akan ambil tindakan lebih tegas bagi memastikan bekalan air bersih kepada rakyat terus terjamin. Setiap daerah perlu ada inventori pemantauan lebih fokus terhadap aktiviti di sepanjang sungai dan sumber air.

“Pemantauan perlu secara berterusan. Kita tak mahu pencemaran ammonia berulang tanpa tindakan lebih proaktif menghalang­nya. Ia menjejaska­n operasi LRA dan penduduk apabila bekalan air terpaksa dihentikan,” katanya.

Bulan lalu, operasi tiga LRA di Kulai dan Kota Tinggi terpaksa di- hentikan sementara akibat pencemaran ammonia yang menjejaska­n kira-kira dua juta pengguna.

Kelmarin, sebuah kilang sawit di Jalan Batu Pahat, dekat sini, digantung operasi tiga bulan dan berdepan kompaun RM250,000 berikutan pencemaran ammonia pada sumber air mentah yang dibekalkan kepada penduduk daerah ini.

Tindakan itu diambil selepas Ayub bersama beberapa agensi termasuk Badan Kawal Selia Air Johor, Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia dan SAJ Ranhill Sdn Bhd mengadakan serbuan mengejut ke kilang itu.

Mereka juga memeriksa loji yang menjadi punca pencemaran ammonia di Batu 3, Jalan Batu Pahat. Sisa ammonia kolam air larutan resapan (leachate) kilang sawit itu dipercayai melimpah dan mencemari Sungai Amran serta Sungai Sembrong.

Dua sungai berkenaan membekalka­n air mentah untuk LRA Sembrong Barat.

Henti operasi proses air

Bacaan ammonia 20 perjuta (PPM) pada sumber air mentah itu tengah hari kelmarin berbanding 1.5 PPM dibenarkan Kementeria­n Kesihatan, menyebabka­n LRA Sembrong Barat terpaksa berhenti memproses mulai jam 12 tengah hari Jumaat lalu.

Ia menjejaska­n 250,000 penduduk daerah ini, namun mereka sudah memperoleh bekalan air secara berperingk­at selepas LRA Sembrong Barat dibuka semula jam 5.30 pagi kelmarin.

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH] ?? Ayub meninjau kolam larutan resapan di sebuah kilang pemprosesa­n sawit yang menyebabka­n pencemaran di Sungai Sembrong di Jalan Batu Pahat.
[FOTO ADI SAFRI/BH] Ayub meninjau kolam larutan resapan di sebuah kilang pemprosesa­n sawit yang menyebabka­n pencemaran di Sungai Sembrong di Jalan Batu Pahat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia