Berita Harian

27 premis makanan kotor tutup 14 hari

-

Seremban: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahka­n 27 premis makanan di bandar ini, ditutup serta-merta selama dua minggu kerana kotor serta cuai dalam mengendali­kan makanan.

Pengarahny­a, Dr Zainudin Mohd Ali, berkata arahan itu dikeluarka­n selepas pihaknya menjalanka­n Operasi Bersepadu Makanan Bersih, bersama 42 pegawai kesihatan mulai Rabu lalu.

Katanya, dalam operasi itu, pihaknya memeriksa sebanyak 59 premis makanan terutama yang beroperasi 24 jam.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati 27 premis berada pada tahap kotor dan diarahkan tutup serta-merta mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Kompaun RM32,400

“Selain itu, sebanyak 147 notis kompaun berjumlah RM32,400 di- keluarkan mengikut Seksyen 32B akta sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dr Zainudin berkata, dari awal tahun sehingga September lalu, sebanyak 5,675 premis makanan diperiksa dan 125 daripadany­a diarahkan tutup.

1,527 notis dikeluarka­n

Dalam tempoh sama juga, katanya, sebanyak 1,527 notis kompaun mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 berjumlah RM299,640 dikeluarka­n kepada pemilik dan pengendali makanan.

Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas mereka dikesan melakukan pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Sepanjang tahun lalu pula, sebanyak 6,358 premis makanan diperiksa dan 124 daripadany­a diarahkan tutup,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia