Berita Harian

ELAK SENGKETA

Kelab peminat tapis pengikut, diplomasi hadapi komen panas netizen

- Oleh Hanisah Selamat dan Farihad Shalla Mahmud bhhip@bh.com.my

Fasha sentiasa berpesan apa saja membabitka­n interaksi dengan pihak lain, jagalah kesopanan dan kata-kata. Itu yang membuatkan kami kagum dengan keperibadi­annya” Siti Nurhawa Abu Bakar, Ahli kelab peminat Fasha Sandha

Perbuatan menghentam artis di laman sosial bukan hanya memberi kesan kepada selebriti, malah dikhuatiri mampu mengheret ‘ drama’ pertelagah­an di alam maya yang sukar dikawal.

Bukan sekadar ahli keluarga atau rakan terdekat, kelompok lain yang paling rapat iaitu peminat setia pasti terasa tempias kritikan atau gangguan melampau netizen.

Berikutan itu, sudah pasti timbul rasa tidak puas hati melihat artis kesayangan dihentam melulu, malah kadangkala melarat kepada kata-kata lucah dan berbaur ugutan.

Dalam situasi dunia hiburan, perang’ antara tukang hentam dengan peminat memang pernah terjadi. Malah, ada antaranya terus berpanjang­an disebabkan masingmasi­ng mahu menang, selain cuba meraih kepuasan diri.

Apabila keadaan semakin tidak terkawal, penggunaan istilah atau kata-kata berubah kepada perkara yang tidak sepatutnya. Malah, perang maya’ kemudian berisiko menjadi pergaduhan tiga penjuru.

Biar apa pun kebiasaann­ya, mangsa yang enggan terjerat dalam perangkap perang maya ini lebih selesa menutup ruangan komen bagi mengelak ia melarat. Malah, tidak kurang juga ada selebriti menasihatk­an peminat tidak membalas hentaman atau memanjangk­an isu.

Terlampau obses, sanggup gaduh

Bagi kelab peminat Fasha Sandha,

We Love Fasha Sandha yang menggunaka­n Instagram @wlfs4eva, mereka mengakui ada segelintir individu yang terlampau obses hingga sanggup bergaduh demi selebriti kesayangan.

‘ Orang kuat’ kelab terbabit, Siti Nurhawa Abu Bakar, 35, yang bekerja sebagai eksekutif akaun memberitah­u, kelab peminat umpama cerminan artis. Sehu- bungan itu, dia dan rakan-rakan lain tidak akan bertindak melulu atau membalas dengan kasar.

Siti Nurhawa berkata, jika didapati ada peminat bintang kesayangan mereka terlalu beremosi meninggalk­an komen balasan, mereka akan cuba menasihatk­an individu terbabit melalui mesej.

“Kelab peminat ini sudah wujud sejak 10 tahun lalu. Hubungan kami dengan Fasha sangat baik. Malah, Fasha mengenali semua peminatnya. Dia bukan hanya bijak membawa diri dan matang, malah menjaga semua insan di sekeliling­nya dengan baik.

“Pasti kita terasa apabila insan yang sudah dianggap seperti saudara sendiri dikecam. Bagi saya, kritik dan kecaman sangat berbeza. Namun, biar apa pun hentaman di media sosial, jika perlu dijawab, kami akan membalasny­a dengan sopan.

“Jika ada peminat lain membalas provokasi dengan kasar, salah seorang daripada kami akan menghantar mesej kepada individu terbabit atau tag namanya di laman sosial. Bukan untuk memberi amaran, sebaliknya lebih kepada ingatan supaya kita tidak terheret emosi hingga menjadi seperti pihak di sana,” katanya.

Siti Nurhawa berkata, Fasha juga sentiasa berpesan supaya ahli kelab menjaga nama baik mereka.

“Fasha sentiasa berpesan apa saja membabitka­n interaksi dengan pihak lain, jagalah kesopanan dan kata-kata. Itu yang membuatkan kami kagum dengan keperibadi­annya,” katanya sambil memberitah­u Intagram @wlfs4eva sudah mempunyai lebih 50,000 pengikut.

Enggan terikut permainan jahat

Sentiasa berfikiran positif dan bersabar tatkala berdepan pengikut yang beremosi menjadi prinsip kepada Ieja Mohamed Saleh. Ieja ditugaskan untuk menjaga akaun Instagram kelab peminat pelakon tersohor, Nur Fazura Sharifuddi­n iaitu @fazbulousw­arriors.

Sama seperti Instagram milik artis lain, akaun yang dipantauny­a sejak lima tahun itu turut berdepan dengan situasi pengikut yang suka melontarka­n provokasi. Ini berlaku apabila ada pihak sengaja melempar komen negatif dengan tujuan memancing perhatian.

Tidak mahu terheret sama dengan permainan itu, Ieja, 35, berkata, dia lebih gemar menggunaka­n cara lebih berdiploma­si untuk menangani situasi berkenaan.

“Biasanya, kalau ada komen negatif dan tidak melampaui batas, kami abaikan saja. Ini kerana kami tahu tujuannya tidak lebih daripada sekadar mencari perhatian. Bagaimanap­un, jika tulisan itu melampau dan boleh menimbulka­n ketegangan dalam kalangan pengikut lain, kami akan padam.

“Seboleh mungkin kami tidak mahu bersikap kejam untuk menyekat pengikut sesuka hati. Kalau komennya memerlukan penjelasan, kami akan jawab sebagai langkah untuk memperbetu­lkan salah tanggapan itu,” katanya.

Ditanya apakah dirinya campur tangan jika berlaku pertelingk­ahan antara Fazura dengan pengikut di laman sosial peribadi penyanyi lagu Bisa Apa itu, Ieja berkata, ia bergantung kepada keadaan.

“Saya tidaklah sesuka hati menyampuk kecuali jika isu yang diperdebat­kan itu sesuatu yang kami tahu dan arif mengenainy­a.

“Tak salah jika saya memberi penerangan kepada pengikut terbabit supaya mereka faham. Bagaimanap­un, saya kena lihat tujuan asal dia menulis komentar begitu supaya tidak terjerat dengan permainan mereka,” katanya.

Ieja memberitah­u, akaun Instagram @fazbulousw­arriors pernah beberapa kali menjadi mangsa godam. Namun, mereka tetap positif dan reda dengan situasi itu.

“Biasalah, selalunya perkara itu berlaku disebabkan perasaan tidak puas hati. Tapi kami tidaklah sampai nak menyiasat siapa dalang yang bertanggun­gjawab melakukan perbuatan itu.

“Apa yang kami buat, cuba untuk dapatkan kembali akaun terbabit dan mengambil langkah berjagajag­a iaitu menapis mereka yang ingin menjadi pengikut,” ujarnya.

Fattah Amin tertekan baca komen

Turut menjadi mangsa serangan netizen adalah kelab peminat Fattah Amin iaitu @thefa_team. Akaun Istagram mereka bukan saja menjadi tempat melemparka­n amarah, kebencian dan komentar negatif, malah turut menjadi sasaran penggodam

Perkara itu diakui Masni Abdullah Sani, individu yang dipertangg­ungjawabka­n mentadbir dan menguruska­n akaun berkenaan sejak lima tahun lalu.

Menurut Masni atau lebih mesra disapa Mas, selain memban tu mempromosi­kan aktiviti artis kesayangan mereka, akaun terbabit menjadi ‘ perisai’ kepada kecaman ke atas Fattah.

“Cuma cara kami tidaklah terlalu agresif sehingga mampu mengundang kemarahan dan isu berpanjang­an. Sama seperti Fattah yang kita tahu seorang yang positif, kita juga kena bersikap sedemikian. Ini penting supaya imej itu selari dengan artis diwakili.

“Seboleh mungkin kami tidak mahu melayan komen yang kita tahu berbaur provokasi. Biasanya, kami abaikan saja,” katanya.

Tambah Mas, ada ketika, mereka turut memainkan peranan sebagai penasihat kepada Fattah terutama apabila berdepan komen provokasi yang cuba memancing emosi pelakon kacak itu.

“Fattah suka sangat membaca komen pengikut. Situasi itu sering membuatkan dirinya tertekan.

“Justeru, kami selalu nasihatkan dia supaya tidak membaca komen yang boleh menghalang fokusnya bekerja,” ujarnya sambil memberitah­u segala maklumat dan posting yang dimuat naik perlu mendapat keizinan Fattah. Ikuti siri akhir esok yang antara lain memaparkan pandangan ahli psikologi dan syarikat pengurusan artis mengenai polemik pertelingk­ahan antara selebriti dengan netizen.

 ??  ?? Fasha Sandha
Fasha Sandha
 ??  ?? Hubungan kelab peminat dengan Fasha sangat baik.
Hubungan kelab peminat dengan Fasha sangat baik.
 ??  ??
 ??  ?? Fazura dan Fattah juga tidak terlepas komen negatif netizen.
Fazura dan Fattah juga tidak terlepas komen negatif netizen.
 ??  ?? Sebahagian daripada penyokong setia Fazura.
Sebahagian daripada penyokong setia Fazura.
 ??  ?? Kelab peminat Fattah Amin.
Kelab peminat Fattah Amin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia