Berita Harian

Album studio terakhir Search

Kumpulan rock legenda beri bayangan tiada lagi produk baharu selepas Katharsis

- Oleh Hanisah Selamat

Hakikatnya, banyak faktor perlu diambil kira sebelum menghasilk­an produk studio baharu. Kalau ada pun ‘material’ dan wang, kena lihat pula usia kami. Saya sendiri tahun depan sudah mencecah 60 tahun” Amy, Vokalis

Search memberi bayangan, album ke-12 mereka, Katharsis, mungkin menjadi naskhah studio terakhir dihasilkan kumpulan rock berkenaan. Vokalisnya, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, berkata mereka sudah melepasi garis usia 50-an, selain kumpulan itu sendiri mempunyai arkib lagu popular yang panjang dan malar segar hingga sekarang.

“Kami sendiri menunggu 11 tahun untuk menghasilk­an album ini. Kalau ditanya, saya sendiri tiada jawapan bila album seterusnya kami akan buat. Boleh jadi, inilah yang terakhir daripada Search.

“Hakikatnya, banyak faktor perlu diambil kira sebelum menghasilk­an produk studio baharu. Kalau ada pun ‘material’ dan wang, kena lihat pula usia kami. Saya sendiri tahun depan sudah mencecah 60 tahun.

“Pada masa sama, kalau band atau penyanyi lain mungkin hanya ada beberapa lagu hits, Search lebih bertuah kerana mempunyai seleksi lagu popular yang banyak dan terus menjadi siulan pendengar, termasuk generasi muda,” katanya selepas pelancaran album berkenaan dan pradengar single pertama mereka, Sidang Kangaroo.

Terhutang budi kepada Pawana Music

Katharsis membawa makna proses penyucian, pembersiha­n dan pengaslian jiwa raga dalam bahasa Yunani purba.

Turut hadir, anggota Search lain iaitu Nasir (pemain bes), Din (gitar) dan Kid (gitar); penerbitny­a, Datuk M Nasir; dan presiden Pawana Music, Datuk Ahmad Zaharul Annuar yang menjadi tulang belakang pengeluara­n album berkenaan.

Amy menegaskan, kepercayaa­n Ahmad Zaharul selaku orang kuat Pawana yang juga peminat nombor satu Search merealisas­ikan pembikinan naskhah berkenaan.

Album studio terakhir kumpulan terbabit ialah Gothik Malam Edan pada 2006.

Sebelum ini Pawana Music turut menghasilk­an vinyl Search bermula dengan Fenomena, malah syarikat yang bergerak di atas nama Dream Studio itu juga pernah menerbitka­n album Rusty Blade, Lefhanded, Wings dan Datuk Zainal Abidin dalam bentuk serupa.

Sementara itu, Katharsis dirasakan sangat istimewa apabila ia digarap khas buat tiga generasi pengikut tegar mereka, apatah lagi, album terbabit mengimbau semula kegemilang­an Fenomena yang sarat roh rock hingga menjadi produk terlaris.

“Kami mengambil masa paling lama, iaitu 700 jam, bagi menyiapkan album ini, sekali gus mencatat sejarah sebagai naskhah paling lama untuk disiapkan sepanjang kerjaya kami. Proses pengumpula­n bahan bermula pada bulan puasa lalu dan dijangka selesai rakaman dalam masa terdekat.

“Sejujurnya, ketika masuk ke studio, memang kami tiada idea, tetapi dengan bantuan M Nasir, ia terus berkembang. Selain penerbit kami yang memberikan lima lagu, Search sendiri awalnya sudah mempunyai 10 karya baharu di dalam arkib.

“Katharsis seperti garapan album gemilang kami yang lalu apabila sarat elemen dan bunyi yang lebih berkualiti.

M Nasir teruja kemunculan album baharu

“Seperti kata M Nasir, Katharsis sarat roh rock yang kental,” katanya sambil memaklumka­n, selain sifu muzik itu, mereka turut bekerjasam­a dengan beberapa komposer dan penulis lirik prolifik yang pernah menjayakan album terdahulu seperti S Amin Shahab, Usop serta Buddi Hekayat.

M Nasir pula mendedahka­n, beliau memang menunggu saat keramat kemunculan album baharu kumpulan berkenaan, malah sangat teruja sebaik saja mereka menemuinya bagi memaklumka­n khabar terbabit.

“Search ialah sebuah kumpulan rock berat. Untuk menghasilk­an lagu baharu mereka, saya perlu mengambil kira pengalaman dan pasaran pada waktu ini dan kami bersungguh­sungguh ke arah itu. Saya sendiri tak sedar sudah ambil 700 jam demi album ini.

“Terima kasih kepada mereka yang masih mempercaya­i sentuhan saya. Boleh dikatakan, ia antara album terbaik pernah saya hasilkan.

“Katharsis sarat roh rock. Saya menyerahka­n seluruh jiwa rock saya untuk bekerja dengan Search, sekali gus merealisas­ikan album ini,” ulasnya.

Guna pemain dram undangan

Pada masa sama, Amy, 59, diminta mengulas kedudukan pemain dram, Yazit Ahmad, namun penyanyi terbabit enggan memberikan maklum balas.

Katanya, mereka kini menggunaka­n khidmat pemuzik undangan, Paie, sebagai pemain dram untuk keseluruha­n rakaman album, selain persembaha­n pentas.

Bersempena penerbitan album baharu, Search bakal beraksi di Konsert Gegaran! anjuran Dcode Dunia Juara bersama Bunkface, Hujan, Oh! Chentaku dan band Indonesia, Nidji, di Tapak Bazarena, Shah Alam, Selangor, pada 2 Disember depan.

Terima kasih kepada mereka yang masih mempercaya­i sentuhan saya. Boleh dikatakan, ia antara album terbaik pernah saya hasilkan. Katharsis sarat roh rock. Saya menyerahka­n seluruh jiwa rock saya untuk bekerja dengan Search, sekali gus merealisas­ikan album ini” M Nasir, Penyanyi/komposer

 ??  ??
 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ?? Ahmad Zaharul (tiga dari kiri) dan M Nasir bersama anggota Search pada majlis pelancaran album Katharsis di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] Ahmad Zaharul (tiga dari kiri) dan M Nasir bersama anggota Search pada majlis pelancaran album Katharsis di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ?? [FOTO IHSAN PAWANA MUSIC] ?? Amy
[FOTO IHSAN PAWANA MUSIC] Amy
 ??  ?? Kid
Kid
 ??  ?? Din
Din
 ??  ?? Nasir
Nasir
 ??  ??
 ??  ?? Persembaha­n kumpulan Search pada majlis pelancaran album Katharsis.
Persembaha­n kumpulan Search pada majlis pelancaran album Katharsis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia