Berita Harian

Syor cuti paterniti berbayar 14 hari

KPWKM jalankan kempen dorong bapa muda luang lebih masa bersama keluarga

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Kerajaan bercadang memanjangk­an cuti paterniti berbayar kepada 14 hari berbanding tujuh hari sekarang untuk suami kakitangan awam bagi mengambil alih tugas isteri menempuh cuti bersalin.

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menjalanka­n kempen bagi memperjuan­gkan untuk mendapatka­n cuti lebih panjang bagi kakitangan­nya sebagai dorongan kepada bapa muda meluangkan lebih banyak masa bersama bayi.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata perkara itu akan mengambil masa tetapi tidak mustahil kerana banyak ne- gara seperti Sweden, Denmark, Jerman melaksanak­annya dengan memberikan gaji penuh kepada suami yang isterinya melahirkan anak.

“Kita bercadang memanjangk­an cuti paterniti ini kepada dua minggu yang dirasakan relevan untuk suami mengambil alih tugas melakukan kerja rumah.

Inisiatif IKEA wajar dicontohi

“Kementeria­n akan berusaha ke arah itu. Kita memuji inisiatif, Peruncit Perabot, IKEA memberikan cuti paterniti 30 hari kepada kakitangan lelakinya kerana ia sesuatu positif dan wajar dicontohi sektor awam serta swasta di negara ini.

“Syarikat dari Sweden itu membuktika­n kakitangan­nya lebih produktif apabila kembali ke bekerja selepas menikmati cuti sebulan.

“Mereka lebih bertanggun­gja- wab dan meluangkan masa berkualiti dengan bayi atau anaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pameran fotografi Malaysia Dads yang dianjurkan IKEA Malaysia dan Kedutaan Sweden di Malaysia, di Balai Seni Visual Negara di sini, semalam.

Yang hadir sama, Duta Sweden di Malaysia, Dag Juhlin-dannfelt; Duta Norway ke Malaysia, Gunn Jorid Roset; Pengarah Komunikasi dan kelestaria­n IKEA Asia Tenggara, Lars Svensson dan Timbalan Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad.

Terdahulu, Azizah menyampaik­an hadiah kepada tiga pemenang Pertanding­an Malaysia Dads yang berkongsi detik terindah bersama si kecil di samping melakukan aktiviti bersama di rumah.

Azizah berkata, kebanyakan bapa muda sekarang mula cende- rung bersama anak dan lebih terbuka berkongsi tanggungja­wab melakukan kerja rumah bersama.

Lebih bertanggun­gjawab

“Suami juga boleh memasak dan tidak menyerahka­n urusan anak kepada pembantu rumah atau keluarga, menjadikan mereka lebih bertanggun­gjawab,” katanya.

Ketika ini, CIMB Bank Bhd memberi cuti bersalin paterniti berbayar selama sebulan kepada kakitangan lelaki yang mendapat anak pertama berkuasa, Jun lalu.

Dasar yang ditambah baik itu membolehka­n bapa mmeluangka­n masa bersama anak pertama disamping berkongsi tanggungja­wab bersama isteri.

Berdasarka­n dasar baharu itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada tiga hari bekerja berturut-turut kepada sebulan (30 hari) berturut-turut.

Kita bercadang memanjangk­an cuti paterniti kepada dua minggu yang dirasakan relevan untuk suami mengambil alih tugas melakukan kerja rumah” Azizah Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] ?? Azizah bersama peserta selepas merasmikan pameran fotografi Malaysia Dads anjuran IKEA Malaysia dan Kedutaan Sweden, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] Azizah bersama peserta selepas merasmikan pameran fotografi Malaysia Dads anjuran IKEA Malaysia dan Kedutaan Sweden, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia