Berita Harian

Pekerja IKEA manfaat cuti bersalin khas

-

Kuala Lumpur: Sepanjang hampir 10 tahun bekerja di peruncit perabot IKEA, cuti paterniti 30 hari bergaji yang dinikmatin­ya ketika menyambut kelahiran anak ketiga Julai lalu, adalah manfaat paling besar buatnya.

Penyelia Bahagian Makanan IKEA Cheras, Muhammad Rizal Sunalim, 30, berkata faedah cuti bersalin khas untuk suami dinikmatin­ya dan juga menjadi antara 26 kakitangan terawal IKEA memper- oleh kelayakan cuti berkenaan.

“Saya mula bercuti sebulan itu pada 22 Julai lalu dan memanfaatk­annya dengan menguruska­n isteri yang buat pertama kali berpantang sendiri di rumah kami di Damansara.

Urus isteri berpantang

“Ini adalah anugerah paling besar diterima sekali gus membolehka­n saya menguruska­n isteri berpantang di samping menjaga dua anak lain yang masing berusia tiga dan empat tahun,” katanya ketika ditemui di Pameran fotografi Malaysian Dads, di Balai Seni Negara, di sini, hari ini.

Pameran itu sehingga Mac tahun depan dan juga di pusat beli-belah, MYTOWN bermula semalam hingga 30 November ini.

Beliau berkata, masa sebulan itu dipenuhi bersama keluarga dan menjadi keemasan berbanding masa terhad sebelum hingga perlu memohon cuti tahunan untuk lebih masa bersama isteri.

“Saya berasakan bahawa semua majikan di negara ini perlu berbuat perkara sama, kerana isteri memerlukan sokongan suami bukan orang lain,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi dan Kelestaria­n IKEA Asia Tenggara, Lars Svensson, berkata pihaknya sentiasa mengutamak­an kepentinga­n keluarga sebagai visi syarikat.

 ??  ?? Muhammad Rizal Sunalim
Muhammad Rizal Sunalim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia