Berita Harian

Waktu fleksibel peluang wanita kekal aktif

Teknologi ubah persekitar­an kerja sesuaikan keperluan berkerjaya untuk merancang, urus keluarga

- Oleh Saadiah Ismail dan Fahmy Azril Rosli

Kepesatan inovasi teknologi dilihat menjadi pemangkin utama kepada wanita untuk terus kekal relevan di dalam industri pekerjaan pada hari ini.

Ditambah dengan tempoh masa bekerja fleksibel disediakan oleh syarikat, ia dilihat sebagai satu peluang keemasan untuk wanita kekal aktif dalam pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada perkembang­an ekonomi negara dan diri sendiri.

Ketua Pegawai Kumpulan Sum- ber Manusia Maybank, Nora A Manaf, berkata tepat pada masanya wanita memandangk­an sikap keterbukaa­n syarikat dan inisiatif kerajaan dalam membantu memperkasa­kan wanita semakin meluas.

Rancang urus keluarga

Katanya, teknologi juga memainkan peranan penting kerana ia mengubah persekitar­an kerja bagi menyesuaik­an keperluan wanita berkerjaya untuk merancang dan menguruska­n keluarga.

“Jika dulu saya sendiri terpaksa mengambil keputusan untuk menyusukan anak sambil bekerja, tetapi pada hari ini situasi itu dilihat lebih terbuka untuk dibincangk­an.

“Justeru, saya melihat ia suatu yang begitu positif kerana apabila polisi dan teknologi berjalan seiringan, pekerja lebih produktif dalam menempuhi era revolusi industri 4.0 ini, keuntungan syarikat lebih besar dan tiada istilah kerugian dan sebagainya,” katanya ketika membincang­kan inovasi di tempat pada Program Persediaan Malaysia untuk Pekerjaan Masa Hadapan, di sini, semalam.

Program anjuran Talentcorp ini menampilka­n beberapa panel penasihat industri bagi membincang­kan keperluan strategi modal insan untuk pekerjaan pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengarah Urusan IBM Malaysia Sdn Bhd, Chong Chye Neo, berkata teknologi memberi kelebihan kepada wanita untuk menyeimban­gkan masa antara kerjaya dan keluarga.

Tak perlu berhenti kerja

Katanya, wanita tidak perlu lagi mengambil keputusan untuk berhenti kerja memandangk­an teknologi kini menjadi alat perantara dalam menyelesai­kan kerja di pejabat.

“Kebanyakan syarikat kini boleh menerima pendekatan berkenaan dan yakin kemampuan wanita untuk menguruska­n dua perkara dalam satu masa.

“Bukan itu sahaja, syarikat tempatan kini banyak bergabung dengan luar negara, jadi ia bukan lagi satu masalah untuk memastikan pekerja perlu berada di pejabat sepanjang masa,” katanya.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Nora (dua dari kiri) dan Chye Neo (tengah), ketika sesi dialog pada Program Persediaan Malaysia untuk Pekerjaan Masa Hadapan di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Nora (dua dari kiri) dan Chye Neo (tengah), ketika sesi dialog pada Program Persediaan Malaysia untuk Pekerjaan Masa Hadapan di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia