Berita Harian

Kepercayaa­n majikan jadikan lebih produktif

-

Kuala Lumpur: Perubahan sistem pekerjaan daripada tradisiona­l kepada moden memberi ruang lebih selesa kepada wanita untuk terus menyumbang terhadap ekonomi negara.

Pengurus Sumber Manusia, Malaysia Healthcare Travel Council, Murni Marliza Tajan, berkata waktu kerja anjal serta kepercayaa­n diberi majikan menjadikan wanita lebih produktif dalam menyelesai­kan tugasan diberi.

Walaupun secara fizikalnya pekerja tiada di tempat kerja, katanya, tugasan diberi tetap diselesaik­an dan pada masa sama wa- nita dapat menguruska­n hal peribadi.

“Apa yang penting hubungan antara pekerja dan majikan berjalan seperti biasa dan tugasan dapat diselesaik­an pada hari yang sama.

“Pada masa sama, peraturan di tempat kerja tidak diabaikan.

Teknologi jadi ‘penghubung’ penting kepada kerjaya

“Selain itu, tidak dinafikan bantuan teknologi banyak memberi manfaat kepada wanita dalam menguruska­n perihal kerja dan peribadi. Secara tidak langsung, ia menjadi ‘penghubung’ penting kepada kerjaya wanita itu,” katanya ketika ditemui pada Program Persediaan Malaysia untuk Pekerjaan Masa Hadapan di sini, semalam.

Program anjuran Talentcorp itu menampilka­n beberapa panel penasihat industri bagi membincang­kan keperluan strategi modal insan untuk pekerjaan pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pusat Kepakaran Perancanga­n Pekerjaan dan Rekaan Organisasi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nurul Haryanie Abd Radzak, berkata TNB sentiasa komited dalam mem- beri peluang masa kerja fleksibel kepada pekerjanya.

Katanya, apa yang diutamakan ialah hasil diberikan pekerja kepada majikan supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat.

“Pekerja harus bijak mengatur masa bekerja dan perubahan amat perlu dilakukan dalam sesebuah pentadbira­n supaya sasaran dapat dipenuhi.

“Bagaimanap­un, kualiti hasil pekerjaan mesti menjadi perkara utama kerana jika tidak, tiada guna masa fleksibel diberikan manakala teknologi disediakan bagai membazir,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia