Berita Harian

Tasawuf lahirkan kesempurna­an

-

Masyarakat sering keliru dan salah faham mengenai ajaran tasawuf kerana kurang memahami apakah tasawuf yang sebenarnya. Ada kala, apabila berbicara mengenai tasawuf, terlintas gambaran pakaian yang lusuh, selekeh atau zuhud.

Seorang tokoh terkemuka, Sheikh Zaki Ibrahim dalam kitabnya Abjadiyyah Tasawuf Islami membicarak­an menjelaska­n, tasawuf Islam lebih bersifat rabbani yang merangkumi iman, amal, akhlak, kebaikan dan berkehenda­kkan Allah SWT semata-mata dalam kehidupan duniawi mahupun ukhrawi.

Tasawuf Islam cuba mendidik insan mencapai kesempurna­an dalam segenap aspek, menghiaska­n diri dengan akhlak mahmudah dan membuang sifat buruk, keji atau mazmumah. Mengikut kaedah tasawuf, membuang segala sifat buruk sebelum dihiasi sifat baik akan lahirlah kesempurna­an dan lonjakan akhlak yang mulia.

Menerusi rancangan Bayan Linnas di IKIMFM, Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-bakri membicarak­an tajuk ‘Kepentinga­n Memahami Tasawuf yang Sebenar’. Beliau berkata, tasawuf tidak sepatutnya dilihat dari sudut negatif.

Katanya, tasawuf adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang mengambil prinsip ihsan iaitu, “kamu menyembah Allah SWT seolah kamu melihatnya, dan jika kamu tidak melihat-nya yakinlah bahawa Allah SWT melihat kita.”

Hamba yang sujud

Kita tidak dapat melihat Allah SWT di atas dunia ini melainkan Rasul, namun kita akan dibenarkan melihat Allah SWT di akhirat kelak bagi ahli syurga seperti mana sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhn­ya kamu akan melihat Allah di akhirat kelak seperti mana kamu melihat bulan yang tanpa awan.” (Riwayat Bukhari)

Oleh kerana kita tidak dapat melihat Allah SWT di dunia ini, maka hendaklah dalam hati sanubari disemat perasaan Allah SWT sentiasa memerhatik­an kita atau disebut ‘muraqabah’.

Baginda SAW dan sahabat mengamalka­n tasawuf dalam kehidupan seharian mereka. Tasawuf sahabat membolehka­n mereka menumbangk­an dua kuasa besar dunia, membina peradaban, melahirkan insan rabbani yang mencipta pelbagai teknologi untuk kemudahan manusia sejagat.

Tasawuf menjadikan mereka pemimpin yang adil dan jujur dan sebagai rakyat, mereka taat kepada pemerintah­an. Tasawuf menjadikan mereka hamba yang sujud dan tunduk kepada Allah SWT.

Ada segelintir yang tersalah faham mengenai tasawuf khususnya dalam aspek tawakal seolah bermaksud menyerahka­n bulat-bulat kepada Allah SWT tanpa usaha.

Tawakkal yang sebenar menun- tut kita supaya berusaha, tidak menyerahka­n bulat-bulat atau berlepas tangan kerana itu tidak dinamakan tawakal, tetapi tawakul dan ia tidak dianjurkan dalam Islam untuk tidak berusaha.

Mesti ikhlas

Seperkara lagi yang ditekankan apabila membicarak­an mengenai tasawuf ialah bersikap ikhlas dalam setiap amal perbuatan sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keikhlasan ketaatan kepada-nya dalam menjalanka­n agama.” (Surah al-bayyinah, ayat 5)

Adapun berhubung tarekat, Sheikh Abdul Halim Mahmud menyebut, tasawuf dan tarekat suatu yang sama, cuma yang membezakan antara umum dengan khas. Tarekat lebih merujuk kepada cara atau peraturan yang ditetapkan oleh guru yang mursyid untuk mencapai mardhatill­ah.

Di sana ada tarekat yang muktabar seperti tarekat Shadhiliyy­ah, Rifaiiyah, Qadiririyy­ah dan Ahmadiyyah, yang kemudianny­a ada pecahan lain.

Tidak dinafikan ada ahli tasawuf yang masih berakhlak buruk, Imam al-ghazali dalam kitab Minhajul Abidin menyebut, hendaklah beliau sentiasa bertaubat kepada Allah SWT untuk menghapusk­an dosa dan maksiat yang telah dilakukan dan Allah SWT akan membantu memperbaik­i akhlak kita.

Tidak ramai benar-benar memahami mengenai tasawuf. Malah, ada yang mengambil pendekatan itu daripada sudut yang salah. Ikuti penjelasan mengenai tasawuf bersama Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-bakri menerusi rancangan Bayan Linnas di IKIMFM.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Tasawuf menjadikan umat Islam bersifat baik serta berakhlak mulia.
[FOTO HIASAN] Tasawuf menjadikan umat Islam bersifat baik serta berakhlak mulia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia