Berita Harian

Bucheon bandar ilmu mesra sastera

Pengiktira­fan UNESCO bukan sekelip mata, sebaliknya ada asas kuat dan budaya kental

- Oleh Hafizah Iszahanid

Pemilihan Bucheon, bandar di Wilayah Gyeonggi Korea Selatan sebagai Kota Sastera oleh Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) dianggap sangat tepat.

Bukan hanya status bandar Asia pertama mendapat pengiktira­fan sedemikian, bahkan persekitar­an Buncheon mendukung budaya ilmu dan tabiat membaca.

Profesor di Jabatan Pengajian Melayu-indonesia di Hankuk University of Foreign Studies, Dr Lim Kim Hui, berkata berdasarka­n pemerhatia­n dan pengalaman tinggal di Korea Selatan, umumnya mereka sangat menghargai khazanah ilmu merangkumi budaya, sastera dan kesenian.

“Mereka suka mempromosi dan memasyarak­atkan budaya, sastera serta kesenian kepada masyarakat tempatan mahupun dunia luar.

“Hampir setiap akhir minggu diadakan sesuatu acara atau festival bertemakan budaya Korea seperti festival kimchi, hanbok (pakaian tradisiona­l Korea), lampion/tanglung dan topeng.

Gerakan sekolah malam

“Pemilihann­ya sebagai kota sastera bukan sekelip mata. Di situlah, gerakan sekolah malam yang paling aktif di Korea bermula dekad 1970an dalam kalangan pekerja kilang yang tidak dapat melanjutka­n pengajian mereka,” katanya kepada

Sastera & Budaya BH di sini.

Tegas Kim Hui, gerakan sekolah malam dilahirkan daripada keinginan pekerja kilang untuk terus belajar, manakala Bucheon pula simbol bandar yang menerapkan semangat dan falsafah pembelajar­an atau pendidikan boleh mengubah kehidupan.

“Sejarah sekolah malam dan tradisi pembelajar­an sepanjang hayat akhirnya meletakkan asas kepada perkembang­an Bucheon sebagai kota sastera.

“Letaknya hanya 30 hingga 40 minit dari Seoul, Bucheon kini mempunyai beberapa universiti seperti Universiti Bucheon dan Universiti Yuhan, selain diangkat menjadi kota pendidikan, kota budaya dan kota sastera,” katanya.

Tumpu pendidikan

Katanya, banyak yang boleh dipelajari Malaysia daripada Bucheon dan Korea Selatan seperti memberi perhatian serius kepada pendidikan tanpa tertumpu kawasan bandar dengan pembabitan swasta dan kerajaan tempatan.

“Orang Korea mempunyai budaya kerja bersungguh-sungguh dalam mencapai hasrat mereka, bukan hangat-hangat tahi ayam.

“Bucheon sudah lama melaburkan usaha mengaktifk­an rangkaian perpustaka­an, menggiatka­n kegiatan sastera dan seni demi merealisas­ikan usaha mendapatka­n pengiktira­fan UNESCO,” katanya.

Terjemah karya dunia

Sementara itu, penulis yang juga pelajar doktor falsafah sastera bandingan Melayu-indonesia di Hankuk University of Foreign Studies, Ummu Hani Abu Hassan, berkata budaya membaca dan sastera di Korea Selatan berkembang dengan baik, manakala kegiatan penterjema­han sangat giat dijalankan.

“Misalnya di universiti tempat saya menuntut ini sudah dikenali sejak 60 tahun dahulu sebagai universiti mengajar bahasa dunia.

“Ada lebih 40 bahasa diajar yang tenaga pengajarny­a adalah orang Korea sendiri. Mereka bukan hanya mengajar, bahkan menterjema­h buku dunia ke bahasa Korea termasuk bahasa Arab, Jerman, Perancis, dan Melayu,” katanya.

Beliau berkata, Korea Selatan giat mempromosi bahasa dan buku ke bahasa utama dunia seperti majalah budaya dan sastera Korea Selatan, Koreana diterbitka­n dalam 10 bahasa dan disebarkan secara percuma di negara luar melalui kerjasama universiti dan negara.

Kota mesra sastera

“Misalnya saya tahu mengenai seorang profesor yang pakar dalam bahasa Melayu Indonesia menterjema­hkan buku Indonesia ke bahasa Korea dan menyebarka­n juga karya asal Korea yang sudah diterjemah ke bahasa Indonesia.

“Pemilihan sebagai kota sastera terbaru UNESCO sangat tepat dengan bandar ini yang mesra sastera dan melahirkan ramai pengarang yang baik, selain meraikan pelbagai acara seperti Festival Seni Boksagol dan festival sastera besar, Festival Kesusaster­aan Suju.

Festival Kesusaster­aan Suju diadakan memperinga­ti perintis puisi baharu Korea, Byun Yeongro atau nama penanya Suju, selain Festival Pearl Buck bagi memperinga­ti Penerima Hadiah Nobel Kesusaster­aan, Pearl S Buck yang mengasaska­n rumah anak yatim di Bucheon pada era peperangan dan menulis novel tentang Korea.

Gerakan bersendiri­an rencatkan promosi

Sementara itu, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktira­fan, Jabatan Pengembang­an Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Aminah Awang Basar, berkata Malaysia secara rasmi mengumumka­n akan membida Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020.

“DBP, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggerakk­an inisiatif ke arah menjayakan­nya.

“Dalam dunia global abad ke-21, gerakan bersendiri­an tanpa kombinasi kerjasama dengan pihak lain akan memperlaha­nkan dan merencatka­n gerakan mempromosi sastera Malaysia ke khalayak dunia,” katanya.

Pemilihann­ya sebagai kota sastera bukan sekelip mata. Di situlah, gerakan sekolah malam yang paling aktif di Korea bermula dekad 1970-an dalam kalangan pekerja kilang yang tidak dapat melanjutka­n pengajian mereka” Dr Lim Kim Hui, Profesor di Jabatan Pengajian Melayu-indonesia di Hankuk University of Foreign Studies

 ??  ??
 ??  ?? Pemilihan Bucheon sebagai Kota Sastera menjadi sebahagian program Rangkaian Bandar Kreatif bagi memupuk kepelbagai­an budaya.
Pemilihan Bucheon sebagai Kota Sastera menjadi sebahagian program Rangkaian Bandar Kreatif bagi memupuk kepelbagai­an budaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia