Berita Harian

Universiti, industri gerakkan HOPE atasi graduan menganggur

-

Kadar peningkata­n penganggur­an, satu isu yang mencetuska­n kebimbanga­n sejak kebelakang­an ini. Menurut laporan tahunan terkini Bank Negara, daripada jumlah 405,000 orang yang tiada pekerjaan, 15.3 peratus adalah mereka yang mempunyai pendidikan tahap ketiga.

Dalam erti kata lain, mereka pernah mengikuti pengajian ke peringkat kolej atau universiti. Laporan yang memetik kajian daripada Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia itu menyatakan, 53 peratus daripada 273,373 graduan pada 2015 tidak mempunyai pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menggengga­m ijazah. Angka ini semakin bertambah seiring pertambaha­n jumlah graduan yang dihasilkan saban tahun.

Satu faktor yang menyumbang kepada penganggur­an disebabkan kurang kemahiran industri dalam kalangan graduan. Justeru, kerajaan melalui Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia menggalakk­an pembabitan aktif daripada industri melalui sinergi dan usaha sama dengan institusi pengajian tinggi dalam menyediaka­n kema- hiran serta latihan kepada pelajar.

Bagaimanap­un, kurang 10 peratus industri terbabit dalam penggubala­n kurikulum dengan pihak universiti.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan industri terbabit secara aktif, terutama bagi melahirkan graduan yang berdaya usahawan.

Industri bantu laksana aktiviti

Ada beberapa aktiviti dilaksanak­an dengan kerjasama industri. Contohnya, Hands-on Programme

of Entreprene­urship (HOPE) adalah sinergi USIM bersama tujuh rakan industri HOPE yang diterajui oleh syarikat Perfect Triangle.

HOPE, program keusahawan­an berstruktu­r unik, holistik dan komprehens­if yang direka serta dibangun bagi menyelesai­kan masalah kekurangan kebolehpas­aran pelajar untuk menempatka­n diri dalam industri.

HOPE dirangka, dibangun dan dilaksanak­an oleh usahawan yang memiliki pengalaman industri melebihi 10 tahun dengan sesi pengisian teori dan praktikal disampaika­n secara bersama oleh usahawan, pemimpin industri, pakar akademik dan latihan sumber manusia.

Program ini ditawarkan kepada murid Tahun Satu sesi kemasukan 2015/2016 dengan penyertaan 468 murid.

USIM menawarkan HOPE sebagai kokurikulu­m berkredit iaitu sebanyak enam jam kredit. Pencapaian dan prestasi setiap penuntut HOPE diukur menggunaka­n Sistem Penilaian Prestasi berasaskan industri, menerusi 12 kriteria di dalam key result area (KRA) dan lapan kriteria dalam behaviouri­al competenci­es (BC).

HOPE menekankan komponen praktikal sebanyak 80 peratus dan teori 20 peratus dalam sistem penilaiann­ya.

Pelaksanaa­n HOPE menyasarka­n beberapa objektif, antaranya membina pelajar menjadi usahawan kerana keusahawan­an perkara yang ditekankan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Tinggi Malaysia 2015-2025.

HOPE juga dilaksana bagi melahirkan graduan berpengala­man dalam bidang keusahawan­an, sekali gus menghapusk­an label ‘graduan’ selepas tamat pengajian mereka melalui pengalaman yang di- peroleh ketika tempoh program berlangsun­g.

Program ini turut bermatlama­t, meningkat dan memaksimum­kan modal insan terutama mengenai daya maju, daya saing dan daya rintangan bagi setiap pelajar selepas mereka menamatkan pengajian. Program ini diharapkan mengurangk­an kadar penganggur­an terutama graduan USIM.

Manfaat HOPE

HOPE memberi banyak manfaat kepada pelajar. Pertama, program ini interaktif dan menggunaka­n persekitar­an pembelajar­an secara realiti. Pelajar bukan sahaja melaksana dan mempraktik­kan kemahiran perniagaan secara handson, tetapi boleh berbincang bersama mentor untuk menyelesai­kan isu atau membina strategi strategi perniagaan.

Kedua, pelajar akan mendapat pengalaman dalam mengendali dan menguruska­n perniagaan mereka sendiri bermula dari peringkat dokumentas­i sehingga ke pengurusan kewangan.

Aspek paling penting, pelajar akan belajar membuat keputusan terhadap perniagaan mereka wa- laupun masih dalam pengajian.

Mereka juga akan mendapat pengalaman memiliki perniagaan yang sebenar dengan perniagaan pelajar ditubuhkan melalui kaedah yang betul, di samping bimbingan dan nasihat mengenai pengurusan perniagaan.

Buat masa ini, ada tujuh industri yang terbabit sebagai rakan industri, sekali gus menjadi mentor industri HOPE.

Seterusnya, pelajar dapat menjana pendapatan sendiri melalui keuntungan perniagaan mereka. Ada pelajar berpotensi dalam jualan sehingga mencapai hasil jualan sebanyak RM2000,00 sebulan.

HOPE, satu platform bagi USIM untuk menghasilk­an graduan berpengala­man bukan sahaja menjana pendapatan daripada perniagaan, malah kurang bergantung kepada pasaran pekerjaan, sekali gus akan dapat menurunkan kadar penganggur­an di Malaysia.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Tiga penuntut USIM bersama
produk ‘Double Layered Roof Cooling System Controlled by Arduino’ berjaya merangkul anugerah utama kategori industri pada British Invention Show, baru-baru ini.
[FOTO HIASAN] Tiga penuntut USIM bersama produk ‘Double Layered Roof Cooling System Controlled by Arduino’ berjaya merangkul anugerah utama kategori industri pada British Invention Show, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia