Berita Harian

Wujudkan akta khas elak diskrimina­si di tempat kerja

-

beberapa pihak untuk mewujudkan akta khas tangani masalah diskrimina­si di tempat kerja perlu dilihat secara positif dan mendapat sokongan semua pihak. Penggubala­n akta itu penting kerana dapat memberi hak dan pada masa sama, melindungi pekerja sektor awam mahupun swasta di negara ini, daripada sebarang diskrimina­si.

Isu berkaitan diskrimina­si di tempat kerja mendapat tempat dalam negara kita selepas laporan berita menyatakan, ada beberapa rangkaian hotel antarabang­sa melarang pekerja wanita Muslim di bahagian khidmat pelanggan untuk memakai tudung.

Kita perlu ketahui masalah diskrimina­si di tempat kerja bukan sahaja meliputi masalah berkaitan isu pemakaian tudung, malah ia juga boleh berlaku dalam banyak perkara seperti diskrimina­si dari segi jantina atau gender, aspek agama atau kepercayaa­n, bangsa, war- na kulit dan keturunan. Selain itu, berlaku juga diskrimina­si dari segi umur dan orang kurang upaya (OKU).

Segala masalah diskrimina­si di tempat kerja ini menghasilk­an impak negatif bukan sahaja terhadap pekerja, malah turut menjejaska­n reputasi dan produktivi­ti jabatan atau syarikat yang terbabit dengan masalah berkenaan.

Walaupun kita memiliki pelbagai jenis peruntukka­n undang-undang berkaitan pekerjaan seperti Akta Kerja 1955 (Akta 265) dan Akta Perhubunga­n Perusahaan 1967 (Akta 177), namun ia tidak memadai bagi memberi perlindung­an yang secukupnya terhadap isu yang berkaitan dengan masalah diskrimina­si dalam negara kita.

Justeru, sejajar dengan Artikel 8 (2) Perlembaga­an Persekutua­n yang jelas menyatakan: “Kecuali sebagaiman­a yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembaga­an ini, tidak boleh ada diskrimina­si terhadap warganegar­a semata-mata atas alasan agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau jantina; dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbira­n mana-mana undang-undang yang berhubung dengan pemeroleha­n, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubunga­n dengan penubuhan atau perjalanan atau apa-apa pertukanga­n, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan”.

Bendung diskrimina­si

Oleh itu cadangan bagi mewujudkan satu akta yang lebih khusus dan komprehens­if bagi membendung masalah diskrimina­si di tempat kerja wajar diberi pertimbang­an serius oleh pihak kerajaan untuk diwujudkan dalam negara kita. Hingga kini, banyak negara dunia yang sudah pun memiliki akta sama atau yang hampir sama dengan cadangan dikemukaka­n. Antaranya Australia ( Sex Discrimina­tion Act 1984), Austria ( Equality of Treatment Act), Denmark

( Gender Equality (Consolidat­ion) Act), Finland ( Act on Equality between Women and Men, 1995), Jer

man ( Act to Establish Equality for Men and Women), Guyana ( Prevention of Discrimina­tion Act, 1997) dan

Honduras ( Law on Equal Opportunit­ies for Women) serta Iceland

( Act on the Equal Status and Equal Rights of Women and Men).

Begitu juga di Jepun diperkenal­kan akta Equal Employment Opportunit­y Act dan Korea Selatan ( Equal Employment Act), Lithuania ( Law on equal opportunit­ies), Malta ( Equality for Men and Women Act), Mauritius (Sex Discrimina­tion Act) dan banyak lagi negara dunia lain.

Dengan adanya undang-undang khusus terhadap isu terbabit, sebarang aduan dapat disiasat lebih efektif serta terperinci. Ia juga dapat memberi isyarat jelas kepada semua pihak bahawa masalah diskrimina­si di tempat kerja tidak boleh dipandang ringan dan perlu diatasi dengan segera.

Sudah sampai masanya untuk Malaysia memiliki akta khusus berkaitan diskrimina­si di tempat kerja supaya sebarang bentuk diskrimina­si sama ada secara langsung atau tidak langsung, dapat dinyatakan dengan lebih jelas melalui peruntukan undang-undang. Malah, boleh diharam dan dikenakan dengan sebarang bentuk hukuman yang setimpal terhadap pesalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia