Berita Harian

China senarai fasa tiga peringkat

Myanmar, Bangladesh dilapor sokong pelan krisis Rohingya

-

China menggesa satu gencatan senjata di Rakhine, Myanmar supaya pelarian Islam Rohingya dapat kembali dari Bangladesh, mencadangk­an pelan tiga peringkat terhadap krisis itu ketika diplomat dari 51 negara Asia dan Eropah berkumpul di sini, semalam.

Lebih 600,000 etnik Rohingya lari ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu, susulan kempen pembersiha­n tentera di Rakhine.

Di tengah bencana kemanusiaa­n semakin buruk itu, kumpulan hak asasi menuduh tentera Myanmar melakukan pembunuhan beramairam­ai sementara pengkritik asing menyelar Aung San Suu Kyi, yang mengetuai kerajaan awam kurang dua tahun negara itu kerana gagal bersuara.

Semalam, Suu Kyi merasmikan Mesyuarat Asia-eropah (ASEM) untuk menteri luar di sini.

Bercakap di ibu kota ini kelmarin sejurus tiba dari Dhaka, Bangladesh, Menteri Luar China, Wang Yi berkata, pihaknya percaya Myanmar dan Bangladesh dapat bekerja bagi menamatkan krisis itu.

“Fasa pertama adalah melaksanak­an gencatan senjata di darat, mengembali­kan kestabilan dan keamanan, supaya penduduk menikmati perdamaian dan tidak lagi melarikan diri.

Tillerson kemuka isu sama

“Dengan kerja keras semua pihak, ketika ini, sasaran fasa pertama pada asasnya sudah dicapai dan paling penting menghalang ketegangan,” kata Kementeria­n Luar dalam satu kenyataan memetik Wang Li.

Ketika pertemuan kelmarin, kementeria­n berkata, Wang Li memberitah­u Presiden Myanmar Htin Kyaw; “Sebagai rakan Myanmar dan Bangladesh, China bersedia memainkan peranan kukuh menguruska­n secara wajar isu Rakhine.”

Ketika melawat Myanmar minggu lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson mengemukak­an isu sama namun menggesa siasatan menyeluruh laporan pembunuhan.

Wang Li berkata, sebaik genca- tan senjata berkesan, rundingan antara Myanmar dan Bangladesh perlu mencari penyelesai­an berjaya untuk kepulangan pelarian dan fasa akhir ialah bekerja ke arah penyelesai­an panjang menghapusk­an kemiskinan.

Pihak berkuasa Myanmar dan Bangladesh memulakan rundingan bulan lalu untuk menyelesai­kan satu proses kepulangan semula pelarian Rohingya, yang dijangka Bangladesh dibawa ke peringkat berikutnya beberapa hari lagi.

Sementara itu, China memaklumka­n, Myanmar dan Bangladesh menyokong rancangann­ya menyelesai­kan krisis Rohingya.

“Cadangan ini diterima di Bangladesh oleh pemimpin Bangladesh. Ia juga diterima pemimpin Myanmar.

“Kami berharap cadangan Menteri Luar Wang Yi bukan hanya membantu menyelesai­kan krisis terkini Rohingya, namun yang lebih penting menyumbang untuk menangani secara asas itu berkenaan,” kata jurucakap Kementeria­n Luar China, Lu Kang dalam taklimat media di Beijing.

Secara prinsipnya, Bangladesh dan Myanmar bersetuju memulakan penghantar­an pulang Rohingya, namun kedua-dua pihak masih mempunyai pertikaian beberapa syarat lagi.

 ??  ?? Wang Yi ketika menghadiri ASEM Ke-12 di Naypyitaw Myanmar, semalam.
Wang Yi ketika menghadiri ASEM Ke-12 di Naypyitaw Myanmar, semalam.
 ??  ?? Wanita dan kanak-kanak Rohingya menunggu di luar pagar sebuah klinik kesihatan di Kutupalong, Cox's Bazar, Bangladesh.
Wanita dan kanak-kanak Rohingya menunggu di luar pagar sebuah klinik kesihatan di Kutupalong, Cox's Bazar, Bangladesh.
 ??  ?? Wang Yi ketika bertemu Htin Kyaw (kanan) di Myanmar kelmarin.
Wang Yi ketika bertemu Htin Kyaw (kanan) di Myanmar kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia