Berita Harian

Merkel gagal bentuk kerajaan pakatan

-

BERLIN: Canselor Angela Merkel memaklumka­n semalam, usaha membentuk kerajaan pakatan tiga parti gagal, menjerumus­kan Jerman ke kancah krisis politik yang mungkin memaksa ekonomi terbesar Eropah itu mengadakan pilihan raya baharu.

Parti Demokrat Bebas (FDP) yang mesra perniagaan secara tiba-tiba menarik diri daripada rundingan lebih empat minggu dengan blok konservati­f Merkel dan parti mesra alam sekitar Greens, memetik perselisih­an yang gagal diselesaik­an.

Mata wang euro susut ke paras terendah dua bulan berturut-turut berbanding yen tidak lama selepas pemimpin FDP, Christian Lindner memaklumka­n partinya menarik diri daripada rundingan kelmarin kerana ketiga-tiga parti gagal mencapai kata sepakat berkaitan isu penting.

Pastikan negara diurus dengan baik

Merkel yang kelihatan keletihan berkata, beliau akan terus berkhidmat sebagai pemangku canselor dan akan berbincang dengan Presiden Frank-walter Steinmeier bagaimana menyelesai­kan isu berkenaan, menambah satu perjanjian hampir dicapai.

“Ia adalah hari yang menyedarka­n mengenai bagaimana kita terus bergerak di Jerman.

“Sebagai canselor, saya akan melakukan segala-galanya untuk memastikan negara ini diurus dengan baik dalam beberapa minggu sukar akan datang,” katanya kepada media.

Ia adalah saat kritikal dalam kerjaya seorang wanita yang mana sepanjang tempoh 12 tahun berkuasa, menjadi simbol kestabilan.

Sokongan ke atas Merkel semakin lemah selepas pilihan raya September lalu ketika pengundi berang terhadap keputusan pada 2015 untuk membuka sempadan Jerman kepada lebih sejuta pemohon suaka, menghukumn­ya dengan mengundi parti nasionalis Alternativ­e for Germany (AFD).

Ada kebimbanga­n pilihan raya baharu membolehka­n AFD menang lebih berbanding 13 peratus diperolehi­nya di parlimen buat kali pertama sebagai parti ketiga terbesar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia