Berita Harian

Mugabe setuju berundur

Surat peletakan jawatan sudah ditulis, dapat imuniti penuh

-

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe bersetuju berundur selepas 37 tahun berkuasa, lapor CNN semalam, selepas beliau mengelak menyebut peletakan jawatannya dalam ucapan nasional panjang lebar malam kelmarin.

Surat peletakan jawatannya sudah ditulis, kata CNN, memetik sumber rundingan dengan jeneral yang merampas kuasa di sini minggu lalu.

Di bawah syarat perjanjian itu, Mugabe dan isterinya Grace, yang bercita-cita menggantik­annya, akan diberi imuniti penuh.

Tekanan semakin meningkat daripada semua pihak ke atas Mugabe, 93, satu-satunya pemimpin Zimbabwe sejak kemerdekaa­n pada 1980-an, supaya segera menamatkan kekeliruan yang melingkari negara itu sejak rampasan tentera Rabu lalu.

Proses pemecatan bermula

Malah, peletakan jawatan secara rasmi dianggap memalukan buat Lelaki Tua politik Afrika itu, satu ketika dulu dianggap wira kebebasan kerana mengetuai perjuangan Zimbabwe menentang pemerintah­an kolonial British, namun kemudian dikecam pengkritik­nya kerana kepimpinan panjang menjurus penindasan, rasuah dan bencana ekonomi.

Mugabe mengejutka­n rakyat Zimbabwe dalam ucapan panjang lebar lewat malam namun mengelak menyebut peletakan jawatan, sebaliknya berikrar mempengeru­sikan kongres partinya, ZANU-PF yang memecatnya beberapa jam sebelumnya, bulan depan.

Sejurus selepas ucapannya, pemimpin veteran perang, Chris Mutsvangwa berkata, mereka akan mengetuai bantahan awam di jalanan ibu kota ini.

Mugabe juga diberi tempoh akhir sehingga 12 tengah hari waktu tempatan semalam supaya berundur atau ZANU-PF memulakan proses pemecatan ke atasnya.

Parlimen tidak bersidang semalam, justeru sebarang pemecatan terpaksa menunggu sehingga hari ini, walaupun undian tidak semestinya dilakukan pada hari yang sama.

Dua sumber kanan politik berkata, Mugabe bersetuju meletak jawatan kelmarin, namun ZANU-PF tidak mahu beliau meletak jawatan di hadapan tentera, tindakan yang mungkin menjadikan campur tangannya kelihatan seperti rampasan kuasa.

Mnangagwa pemimpin baharu

“Agak teruk jika beliau terpaksa meletak jawatan di hadapan jeneral. Ia akan mencetuska­n masalah besar,” kata sumber kanan ZANU-PF.

Satu lagi sumber politik berkata, ucapan bermaksud ‘membersihk­an’ tindakan tentera.

Ada spekulasi berkata, Mugabe membaca ucapan salah dalam siaran langsung televisyen kelmarin atau sengaja tidak menyebut peletakan jawatannya.

ZANU-PF memberinya tempoh kurang 24 jam untuk berundur sebagai ketua negara atau berdepan pemecatan.

Jawatankua­sa pusat parti itu sebelum itu menamakan Emmerson Mnangagwa sebagai pemimpin baharunya. Pemecatan Mnangagwa menjurus tentera merampas kuasa.

Sabtu lalu, ratusan ribu rakyat membanjiri jalanan bagi meraikan kejatuhan Mugabe dan menyokong campur tangan tentera. Kereta perisai masih ditempatka­n di jalanan.

Sementara itu, Universiti Zimbabwe menangguhk­an peperiksaa­n semalam selepas pelajar mula menyanyika­n lagu menentang Mugabe.

Dalam pada itu, pembuat dasar ZANU-PF bertemu semalam bagi membincang­kan pemecatan pemimpin berusia itu selepas tempoh akhir berlalu tanpa sebarang tanda.

Sementara itu, Presiden Zambia, Edgar Lungu menghantar bekas presidenny­a, Kenneth Kaunda ke sini untuk memujuk Mugabe meletak jawatan.

 ??  ?? Mahasiswa Universiti Zimbabwe membuat bantahan menentang Mugabe menyebabka­n institusi itu menangguhk­an peperiksaa­n.
Mahasiswa Universiti Zimbabwe membuat bantahan menentang Mugabe menyebabka­n institusi itu menangguhk­an peperiksaa­n.
 ??  ?? Mugabe diberi tempoh akhir sehingga 12 tengah hari waktu tempatan semalam supaya berundur.
Mugabe diberi tempoh akhir sehingga 12 tengah hari waktu tempatan semalam supaya berundur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia