Berita Harian

Peluru berpandu balistik Pyongyang mampu sampai ke AS

Korea Utara uji ICBM perkukuh teknologi

-

Agensi perisikan Korea Selatan berkata semalam, tidak mustahil Korea Utara boleh membangunk­an peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang mampu sampai ke tanah besar Amerika Syarikat (AS) tahun ini dan memaklumka­n, ia memantau rapat perkembang­an itu.

Agensi berkenaan memaklumka­n pembuat dasar, tiada petunjuk ujian nuklear dikesan, walaupun kompleks Punggyeri milik Pyongyang jelas bersedia pada bilabila masa untuk menjalanka­n ujian itu.

“Terowong ketiga di kompleks Punggyeri bersedia untuk meletup pada bilabila masa, sementara pembinaan barubaru ini diteruskan di terowong keempat,” katanya.

Katanya, negara penentang itu mungkin menjalanka­n ujian peluru berpandu tambahan tahun ini bagi memperkuku­h teknologi peluru berpandu jarak jauh dan meningkatk­an ancaman ke atas Amerika Syarikat (AS).

Korea Utara yang meneruskan program peluru berpandu dan nuklear tanpa mengendahk­an kecaman antarabang­sa turut menguatkua­sakan kawalan lebih kukuh maklumat yang bocor ketika berdepan sekatan antarabang­sa, kata pembuat dasar selepas taklimat tertutup.

Ujian enjin peluru berpandu

Ia malah secara terangtera­ngan mengakui rancangan membangunk­an peluru berpandu yang berupaya sampai ke tanah besar AS. Ia melancarka­n dua peluru berpandu di ruang udara Jepun.

Seorang anggota Jawatankua­sa Perisikan Parlimen, Yi Wanyoung yang diberi taklimat Perkhidmat­an Perisikan Kebangsaan Seoul berkata, negara penentang itu jelas menjalanka­n ujian enjin peluru berpandu terkini sementara pergerakan kenderaan dikesan berhampira­n kemudahan itu.

“Agensi itu memantau rapat perkembang­an kerana ada kemungkina­n Korea Utara mungkin melepaskan sejumlah peluru berpandu balistik tahun ini atas nama pelancaran satelit dan pembanguna­n aman angkasa lepas namun hakikatnya meningkatk­an ancaman ke atas AS,” kata pembuat dasar itu kepada media.

Korea Utara mempertaha­nkan program senjatanya sebagai perlu untuk pertahanan daripada rancangan AS untuk menceroboh. AS yang menempatka­n 28,500 askarnya di Korea Selatan susulan Perang Korea 19501953, menafikann­ya.

Dalam perkembang­an lain, Menteri Luar Korea Utara dilaporkan berkunjung ke Cuba semalam ketika hubungan keduaduany­a dengan Washington tegang.

Menteri Luar Ri Yong Ho akan bertemu rakan sejawatann­ya dari Cuba, Bruno Rodriguez Parrilla dan menyertai beberapa aktiviti lain yang tidak dinyatakan, kata kenyataan ringkas Kementeria­n Luar Cuba, Sabtu lalu.

Kunjungan dilakukan ketika ketegangan hubungan Washington dan Pyongyang berada di tahap bahaya di tengah pembanguna­n peluru berpandu kepala peledak nuklear berupaya sampai ke AS.

Hubungan Washington dengan Havana hanya dipulihkan sepenuhnya pada 2015 selepas lebih 50 tahun Perang Dingin, namun kembali tegang sejak Presiden Donald Trump mengambil alih jawatan Januari lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia