Berita Harian

Speaker Parlimen Indonesia direman

-

Jakarta: Speaker Parlimen Indonesia, Setya Novanto, direman agensi antirasuah berhubung peranannya dalam kerugian AS$170 juta (RM706 juta) dialami negara itu, dikaitkan dengan skim kad pengenalan elektronik.

Setya, sebelum ini berdepan dakwaan pemerasan, adalah antara beberapa ahli politik dituduh mengambil rasuah daripada dana untuk projek kerajaan bagi mengeluark­an kad pengenalan baharu.

Skandal itu yang didedahkan awal tahun ini mencetuska­n kejutan di negara dengan rasuah berleluasa di dunia.

Setya ditahan untuk disoal kelmarin, namun hanya selepas ‘ drama’ ditimbulka­n di hospital susulan serbuan di kediamanny­a oleh penyiasat antirasuah.

“Kami akan mengambil langkah perundanga­n untuk menunjukka­n beliau tidak bersalah,” kata peguamnya, Fredrich Yunadi.

Pegawai Suruhanjay­a Penghapusa­n Rasuah Indonesia (KPK) malam Rabu lalu menyerbu kediaman bernilai jutaan dollar milik Setya, 62, di ibu kota ini, namun kelibatnya tidak kelihatan.

Ahli politik itu kemudian muncul di sebuah hospital di ibu kota ini Khamis lalu, mendakwa cedera dalam satu nahas jalan raya.

Doktor berkata kelmarin, beliau tidak mengalami cedera parah dan boleh disoal.

Gambar menunjukka­n Setya memakai jaket jingga oleh suspek rasuah KPK dipindahka­n menggunaka­n kerusi roda dari hospital ke pusat tahanan.

Setya, ahli politik berpengaru­h Parti Golkar terbabit dalam skandal rasuah pada masa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia