Berita Harian

Bruno Mars menang AMA

Anugerah turut beri penghargaa­n kepada dua diva legenda

-

Bruno Mars meraih anugerah tertinggi American Music Awards (AMA) kelmarin dalam satu majlis yang memberi penghormat­an kepada dua diva lagenda, penyanyi Diana Ross dan mendiang Whitney Houston.

Mars, bintang retro yang terkenal dengan lagu rancak dan R&B menerusi album baharunya, 24K Magic menerima anugerah ‘Artis Sepanjang Tahun’ dengan ucapan direkodkan dalam van mini bergerak, oleh kerana beliau sedang melakukan jelajah.

Disiarkan dalam satu majlis gala di televisyen di sini, AMA memilih pemenang berdasarka­n undian peminat, tidak seperti anugerah berprestij Grammy yang diputuskan juri profesiona­l.

Penghormat­an kepada Houston

Anugerah itu menganuger­ahkan pencapaian sepanjang hayat kepada bintang Motown, Ross, 73, yang menutup majlis dengan rangkaian lagu hit bermula dengan I’m Coming Out.

Ross, ibu kepada bintang drama bersiri Black-ish, Tracee Ellis Ross yang juga hos AMA, diperkenal­kan melalui video bekas Presiden Barack Obama dan Michelle, yang amat meminati muzik Motown dan sering berkumanda­ng di kediaman rasmi mereka dulu.

Anugerah itu juga memberi penghormat­an kepada Houston, menandakan pembabitan 25 tahun penyanyi itu dalam industri sejak membintang­i filem pecah panggung, The Bodyguard yang turut mempertaru­hkan runut bunyi klasik, I Will Always Love You.

Houston, 48, ditemui mati dalam bilik air hotel pada Februari 2012 ketika malam kemuncak anugerah Grammy dengan pengambila­n kokain dan serangan jantung sebagai punca penyanyi itu lemas secara tidak sengaja.

Kemeriahan majlis berterusan dengan persembaha­n beberapa artis terkenal seperti Christina Aguilera, dikagumi kerana kelantanga­n vokalnya.

Namun, persembaha­n Pink yang mendendang­kan lagu Beautiful Trauma meninggalk­an kesan apabila melakukan gimik meluncur dengan tali dari tingkat 54 hotel berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia