Berita Harian

Ibra yakin United pintas City

Gandingan bersama Pogba mampu bentuk pasukan mantap menang liga

-

Zlatan Ibrahimovi­c melontarka­n keyakinan betapa Manchester United masih boleh mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City apabila dia dan Paul Pogba kembali menyertai pasukan selepas pulih daripada kecederaan panjang.

Penyerang Sweden itu masuk sebagai pemain gantian ketika United menewaskan Newcastle 4-1, Sabtu lalu yang menjadi penampilan pertamanya sejak kecederaan ligamen lutut yang dialaminya, April lalu.

“Saya rasa kami masih boleh mengejar City, mengapa? Adakah tak mungkin kami boleh melakukan perkara sebegitu?” kata Ibrahimovi­c.

“Kami berada di sini kerana kami mahu menang. Kami perlu menang kerana City mendahului liga.

Jadi lebih kuat

“Saya boleh katakan Pogba membawa kualiti yang cukup besar. Dia beraksi seperti tidak pernah cedera langsung. Dia memberi kualiti yang berbeza dan saya turut memberi kualiti tersendiri dan juga penga- laman saya.

“Saya cuba untuk membantu pemain sejauh mana yang saya boleh.

“Pengurus begitu gembira pada minggu ini kerana dia memiliki pasukan yang lengkap buat kali pertama musim ini dan sebagai jurulatih, anda perlukan peluang dan alternatif untuk melakukan perubahan.

“Saya rasa masih ada kemungkina­n untuk kami memenangi segala-galanya. Kami meraih dua trofi musim lalu dan kami menjadi lebih kuat pada musim ini. Jadi saya percaya kami mampu melakukann­ya.”

 ??  ?? Ibrahimovi­c (kiri) masuk menggantik­an Martial ketika United menentang Newcastlem kelmarin.
Ibrahimovi­c (kiri) masuk menggantik­an Martial ketika United menentang Newcastlem kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia