Berita Harian

Pochettino nafi berbalah

-

Saya fikir anda cuba menimbulka­n satu isu yang bukan isu sebenarnya” Mauricio Pochettino Pengurus Spurs

London: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino menafikan beliau berbalah dengan Danny Rose sebaliknya, pemain pertahanan antarabang­sa England itu digugurkan daripada skuad ketika aksi pertembung­an musuh setempat utara London menentang Arsenal Sabtu lalu akibat masalah kecergasan.

Rose, 27, pulih daripada kecederaan lutut dan kembali beraksi ketika Tottenham seri dengan Real Madrid bulan lalu dan namanya berada dalam senarai skuad kelab itu untuk lima perlawanan seterusnya namun ‘hilang’ ketika tewas 0-2 di tangan Arsenal.

Pemain pertahanan itu tampil dalam aksi persahabat­an England menentang Jerman dan Brazil awal bulan ini na- mun Pochettino menyatakan bahawa Rose tidak cergas sepenuhnya.

“Saya fikir anda cuba menimbulka­n satu isu yang bukan isu sebenarnya,” kata Pochettino kepada pemberita. “Kami menilai tahap kecergasan pemain dan kami memaklumka­n kepada pemain bahawa adalah lebih baik kami menurunkan pemain lain dan (Rose) perlu berehat.

Lawan Dortmund

“Bagi kami, keputusan ini membolehka­nnya berlatih seperti (pemain sayap Erik) Lamela yang sebelum ini bermain dengan skuad bawah 23 tahun untuk kembali cergas. Tidak ada sebab lain. Itu yang dia perlu tingkatkan dan kemudian menunggu peluang- nya tiba,” katanya.

Kekalahan di Emirates menyebabka­n Tottenham ketinggala­n 11 mata dengan pendahulu, Manchester City di tangga keempat dan penjaga gol, Hugo Lloris percaya mereka perlu lebih konsisten jika mahu mengekalka­n kedudukan di kelompok teratas liga.

“Saya fikir apa yang penting adalah untuk terus konsisten dalam saingan liga.

“Kami berjaya berada dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam tiga tahun sebelum ini,” kata Lloris.

Tottenham sudah melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara dan boleh mengubati kekecewaan aksi domestik itu apabila bertandang ke Borussia Dortmund bagi saingan Kumpulan H.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia