Berita Harian

Real ke Cyprus tanpa Ramos

Kapten patah tulang hidung ketika saingan liga menentang Atletico

-

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos disahkan patah hidung pada pertembung­an musuh tetangga berdepan Atletico Madrid, kelmarin.

Kecederaan itu memaksa Ramos bakal diketepika­n bagi aksi Liga Juara-juara bertemu APOEL Nicosia dengan kemenangan akan mengesahka­n tempat Real ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Real Madrid tidak menyatakan tempoh Ramos bakal diketepika­n, namun media tempatan, Marca melaporkan dia akan kembali dengan bantuan topeng pelindung muka pada aksi bertemu Malaga di Santiago Bernabeu, minggu depan.

“Saya sanggup untuk mengalami kecederaan demi lencana dan jersi pasukan ini,” kata Ramos menerusi akaun Twitternya dengan dia turut mengepilka­n gambar mukanya yang berdarah.

“Terima kasih untuk sokongan anda. Saya akan kembali secepat mungkin.”

Barca terlepas penalti

Ramos digantikan pada rehat separuh masa pertama dalam perlawanan yang berakhir tanpa jaringan di Wanda Metropolit­ano, sekali gus menyaksika­n kedua-dua pasukan ketinggala­n 10 mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona.

“Selepas ujian dijalankan ke atas Sergio Ramos yang dikendalik­an pasukan perubatan Real Madrid, dia disahkan patah hidung,” kata pasukan itu menerusi satu kenyataan.

Real berang apabila pengadil, David Fernandez Borbalan tidak menghadiah­kan sepakan penalti selepas kaki Lucas Hernandez hinggap di muka Ramos pada aksi terbabit. AFP Kapten Real Madrid

 ?? [ FOTO EFE ] ?? Ramos diiringi pasukan perubatan selepas patah tulang hidung ketika menentang Atletico Madrid, kelmarin.
[ FOTO EFE ] Ramos diiringi pasukan perubatan selepas patah tulang hidung ketika menentang Atletico Madrid, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia