Berita Harian

‘Kalah bukan penamat’

Jun Hao akui saingan peringkat senior ada tekanan berbeza

- Oleh Ferzalfie Fauzi

Beraksi kali pertama pada perlawanan akhir peringkat senior ternyata memberi banyak pengajaran berguna buat naib juara remaja dunia, Leong Jun Hao yang tumpas kepada Iskandar Zulkarnain Zainuddin pada Cabaran Antarabang­sa Malaysia semalam.

Jun Hao yang juga juara remaja Asia, mengakui bermain di kejohanan peringkat senior tidak semudah berbanding perlawanan remaja.

“Kami tidak boleh mendapat mata yang mudah namun saya tetap berasa seronok dapat ber- aksi buat kali pertama di saingan akhir peringkat senior. Mungkin saya tidak berasa tertekan berbanding beraksi di saingan akhir peringkat remaja,” kata pemain dari Kuala Lumpur itu.

Jun Hao, 18, berkata taraf pemain yang beraksi pada kejohanan bertaraf Cabaran Antarabang­sa berbanding pemain remaja juga tidak terlalu jauh namun dia akur dengan kekalahan kepada Iskandar.

Cedera paha

“Mungkin tahap permainan pemain di kejohanan bertaraf Grand Prix dan Siri Super ada perbezaan. Bagaimanap­un, paling penting buat saya adalah untuk terus berlatih lebih keras seterusnya mencapai ke ta- hap berkenaan.

“Selepas ini, tumpuan saya terarah kepada dua kejohanan di India, Cabaran Antarabang­sa dan Siri Antarabang­sa namun ia bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami ketika di Johor,” kata Jun Hao.

Jun Hao mengalami kecederaan di bahagian paha tetapi mengakui tidak terlalu serius kerana hanya kekejangan otot.

Semalam, Iskandar berjaya merangkul kejuaraan sulung musim ini selepas mengalahka­n Jun Hao, 21-11, 21-13 pada final.

Bagaimanap­un, Iskandar mengakui lawannya itu bersama Lee Zii Jia berpotensi untuk menjadi pengganti jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei.

 ??  ?? Jun Hao beraksi ketika Cabaran Antarabang­sa Malaysia di Stadium Tertutup Pasir Gudang.
Jun Hao beraksi ketika Cabaran Antarabang­sa Malaysia di Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia