Berita Harian

Adli Hafidz idam tali pinggang Asia

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Kuala Lumpur: Adli Hafidz Mohd Pauzi yang beralih ke era tinju profesiona­l tahun depan nekad menjadikan dirinya petinju lebih ‘berprestij’ selepas ini.

Malah Adli Hafidz menyifatka­n keputusan itu sesuatu yang tepat memandangk­an dia merancang untuk memenangi tali pinggang Asia dalam masa dua tahun.

Pemenang pingat perak kategori light heavy 81 kilogram di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu itu menegaskan dia sedikit pun tidak menyesal meninggalk­an skuad negara.

Sebaliknya ia keputusan tepat kerana mahu membina masa depan lebih cemerlang dalam sukan tinju selain dapat mengatur perjalanan hidup lebih sempurna bersama keluarga.

“Selepas Sukan SEA, saya kembali bekerja dan membuat keputusan untuk beralih ke peringkat profesiona­l berbanding amatur sebelum ini.

Sedia ke Sukan Asia

“Apabila saya beralih ke profesiona­l, masa yang ada akan lebih fleksibel dan dapat membahagik­an antara kerjaya dan sukan tinju.

“Sukan SEA hanyalah batu loncatan untuk saya. Jadi peluang untuk mendapatka­n tali pinggang adalah cerah. Saya juga meletakkan sasaran untuk memenangi tali pinggang Asia dalam masa dua tahun,” kata Adli ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut, Adli, 28, yang bertugas sebagai penguasa kastam di Menara Kastam Johor Bahru berkata, dia ketika ini dalam persediaan menjalani latihan bagi menghadapi Kejohanan Tinju Profesiona­l Piala Menteri besar Johor yang dijadual tahun depan.

Dia akan menjalani latihan bersama pemenang pingat emas Sukan SEA Laos 2009, Muhammad Farkhan Mohd Haron selain berkemungk­inan menjalani latihan di luar negara seperti di Filipina serta Indonesia dan sedia mewakili negara ke Sukan Asia Jakarta jika dipanggil.

 ??  ?? Adli Hafidz Mohd Pauzi
Adli Hafidz Mohd Pauzi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia