Berita Harian

BAM sasar tiga pingat emas

- Oleh Haika Khazi

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia ( BAM) menyasarka­n untuk menang sekurang-kurangnya tiga pingat emas dalam acara badminton di Sukan Para Asia Indonesia tahun depan.

Malaysia dijangka meletakkan sandaran utama kepada atlet yang bernaung di bawah Program Podium ,antaranya Bakri Omar (SL4), Didin Terasoh (SS26), Cheah Leik Hou (SU5), Madzlan Saibon (WH2) dan Hairulfozi Saaba (SU5) untuk meraih emas dalam acara perseorang­an serta beregu pada Sukan Para Asia 2018.

Pengerusi Jawatankua­sa Badminton Para BAM, Dr Naharuddin Hashim, berkata sebagai persediaan awal, BAM kini meng- hantar lima pemain badminton para negara – Bakri, Didin, Leik Hou, Hairulfozi dan Madzlan – untuk menyertai Kejohanan Badminton Para Dunia di Ulsan, Korea Selatan bermula esok.

“Tindakan ini perlu kerana kita meletakkan sasaran untuk menang sekurang-kurangnya dua atau tiga emas pada Kejohanan Badminton Para Dunia nanti,” kata Naharuddin.

Yakin capai sasaran

“Kita yakin Malaysia mampu mencapai sasaran itu kerana Didin dan Liek Hou bukan hanya pemain badminton nombor satu dunia, malah mereka juga penyandang juara kejohanan sama di London, dua tahun lalu. Emas ketiga Malaysia di- menangi menerusi gandingan beregu Hairulfozi dan Liek Hou.

“Bagaimanap­un, untuk kali ini kita hanya menyasarka­n menang sekurang-kurangnya dua emas berikutan saingan sengit mungkin dihadapi skuad badminton Malaysia daripada atlet negara lain termasuk Korea Selatan, China, Jepun dan musuh tradisi kita Indonesia.”

Sementara itu, Naharuddin berkata, penyertaan pemain Malaysia ke Kejohanan Badminton Para Dunia 2017 mulai esok penting bagi menilai sejauh mana kemampuan sebenar atlet negara untuk menghadapi lebih banyak kejohanan bertaraf dunia termasuk Sukan Asia, tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia