Berita Harian

MHC beri lampu hijau Fitri ke Oman

-

Kuala Lumpur: Hasrat Fitri Saari untuk beraksi di Liga Hoki Oman bersama kelab Alseeb akhirnya menjadi kenyataan selepas Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) memberi lampu hijau kepadanya sekali gus menyaksika­nnya bakal meraih pengalaman kali pertama beraksi di liga luar.

Pemain tengah skuad negara itu yang mendapat surat pelepasan berkenaan hari ini berkata, sebelum ini dia sememangny­a sering mendapat tawaran beraksi di liga luar, namun terpaksa menolaknya berikutan beberapa kekangan.

“Setiap tahun memang saya ada mendapat tawaran beraksi di luar. Antaranya di liga Belgium, Belanda dan Jerman.

“Tapi saya terpaksa menolaknya sebab terbabit dengan pelbagai komitmen termasuk sibuk dengan pelajaran di Universiti Malaya (UM).

“Saya tak mahu menangguhk­an pelajaran terlalu lama. Kali ini tawaran yang hadir tepat pada masanya kerana saya sudah hampir habis belajar di UM.

Masa terbaik

“Lagipun skuad kebangsaan tidak mempunyai apaapa kejohanan besar untuk tempoh terdekat. Jadi saya fikir inilah masa terbaik untuk beraksi di luar,” katanya yang bercadang untuk berlepas ke Oman 26 November ini.

Fitri berkata, dengan beraksi di Oman bersama Alseeb selama hampir sebulan, dia berharap dapat mengekalka­n tahap kecergasan untuk menghadapi Liga Hoki Malaysia (LHM) pada Januari.

“Walaupun tahap liga di sana lebih rendah berbanding di Malaysia, tetapi sekurangku­rangnya saya akan memperoleh pengalaman kali pertama beraksi pada saingan liga di luar negara,” katanya.

BH Sukan semalam melaporkan Fitri sedang menunggu jawapan daripada MHC hari ini sama ada mendapat pelepasan untuk beraksi di Oman.

Selain Fitri, beberapa lagi pemain negara turut beraksi di Oman, antaranya abang Fitri sendiri yang juga penyerang utama skuad negara, Faizal Saari yang beraksi bersama Sohar Hockey Club.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia