Berita Harian

Pahang melangkah ke separuh akhir

-

Kuala Lumpur: Pahang merakam kemenangan ketiga berturuttu­rut selepas menewaskan Indonesia 40 pada aksi peringkat Kumpulan A semalam sekali gus mengesahka­n tiket ke separuh akhir Piala Tun Abdul Razak.

Meskipun masih berbaki satu perlawanan bertemu Perak hari ini, juara bertahan itu sudah mengumpul maksimum sembilan mata untuk muncul pasukan pertama ke separuh akhir.

Di sebalik kemenangan itu, ketua jurulatih, Mohd Ashraf Benadict Arraice Abdullah bagaimanap­un kurang berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya hari ini.

“Prestasi pemain merosot sebab mereka sudah melalui tiga perlawanan berturuttu­rut.

“Ia jelas dapat dilihat pada separuh masa pertama apabila pemain kurang fokus. Saya rasa semua pasukan yang perlu beraksi tiga perlawanan berturuttu­rut juga akan mengalami masalah sama,” katanya.

Untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu Perak, Ashraf tetap mahukan kemenangan.

“Saya tetap mahukan kemenangan dan tidak mahu pemain berasa selesa. Fokus utama kami adalah untuk persiapan di separuh akhir,” katanya.

Johor hidup peluang

Dibarisi hampir separuh pemain kebangsaan, Wan Nor Faiezah Md Saiuti meletakkan Pahang di depan pada minit keenam menerusi jaringan padang sebelum Siti Noor Amarina Ruhani mengukuhka­n kedudukan dengan gol kedua hasil pukulan sudut penalti minit ke17.

Pahang terus selesa selepas Siti Zulaika Hussin menambah gol ketiga menerusi jaringan padang minit ke48 sebelum J Thina Tharshini mengesahka­n kemenangan dengan gol keempat, juga gol padang minit ke52.

Sementara itu, selepas tewas tipis kepada ATM pada perlawanan pertama Kumpulan B, Johor menghidupk­an peluang untuk mara ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan 21 ke atas Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia