Berita Harian

Saingan wakili negara dalam acara recurve lebih sengit

-

Kuala Lumpur: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) percaya saingan untuk mewakili negara dalam acara recurve akan lebih sengit selepas Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli diserap ke dalam program podium tahun depan.

Empat pemanah yang berada dalam program tahun ini diketuai Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Mohd Ikram Joni, tidak lagi mendapat tempat automatik bagi menyertai saingan luar negara.

Setiausaha Kehormat NAAM, Datuk Abdul Hamid Hasan, berkata pihaknya gembira dengan tambahan seorang atlet muda dalam Program Podium.

“Saya pasti ia akan mencetuska­n saingan sengit dalam kalangan mereka untuk menyertai sebarang kejohanan antarabang­sa tahun depan.

Peluang ke Sukan Asia

“Pemilihan ke kejohanan antarabang­sa adalah berdasarka­n prestasi, tidak mengira sama ada seseorang itu adalah atlet yang lama atau baharu. Jadi mereka perlu bersaing dalam merebut tempat,” kataya.

Menurutnya, secara lazimnya, sesebuah kejohanan antarabang­sa hanya empat pemanah dihantar bagi menggalas cabaran negara.

“Sekurang-kurangnya apabila timbul sebarang masalah, sama ada membabitka­n prestasi atau sebagainya, kita sudah mempunyai pemanah untuk mengisi kekosongan,” katanya.

Zarif, 19, mula mendapat perhatian apabila meraih pingat emas dalam acara individu dan berpasukan di Kejohanan Memanah Asia Tenggara pada Februari sebelum dinamakan untuk menyertai Sukan SEA pada Ogos bagi menggantik­an Ikram yang bergelut dengan masalah prestasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia