Berita Harian

Zaqhwan akui saingan sengit

Juara bertahan kelas elit kini kena hadapi empat pesaing untuk kekal kejuaraan

- Oleh Sukhairi Thani

Juara bertahan kelas elit Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Zaqhwan Zaidi mengakui betapa empat pesaing dalam kelompok lima terbaik bakal menyukarka­n laluannya mempertaha­nkan gelaran musim ini.

Pusingan kemuncak ARRC dijadual berlangsun­g di Litar Buriram, Thailand pada 2 hingga 3 Disember ini dan berdasarka­n rekod pada pusingan kedua April lalu, sirkit berkenaan juga diakui tidak memihak kepada jentera Honda ditunggang­nya.

Litar sepanjang 4.554 kilometer (km) itu dianggap Zaqhwan lebih memihak kepada jentera Yamaha dan Kawasaki – dua jenis pengeluar motosikal yang digunakan pesaing terdekatny­a Yuki Ito (Yamaha), Azlan Shah Kamaruzama­n dan Ahmad Yudhistira (Kawasaki).

Malah, Azlan pada pusingan kedua April lalu turut mendominas­i kedua-dua perlumbaan dengan muncul pemenang di sana, sekali gus memperkuat­kan lagi tangggapan awal pelumba MUSASHI Boon Siew Honda Racing itu mengenai cabaran sukar di Buriram.

Peluang sama rata

“Persaingan kali ini terlalu terbuka untuk kelompok lima teratas,” kata Zaqhwan yang juga bekas pelumba dalam kelas Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia 2015.

“Semua pelumba terdekat ini mempunyai peluang sama rata. Kalau diikutkan, saya kena menjadi lebih baik lagi nanti sebab di Thailand, kelebihan itu memihak kepada Yamaha dan Kawasaki.

“Honda agak susah sikit kerana seperti jentera digunakan Azlan, dia mempunyai kelebihan di sana, terutama di laluan lurus.

“Apa yang penting untuk perlumbaan kali ini, saya perlu mengatur strategi, sama ada perlu mengatasi mereka pada perlumbaan pertama (menang) dan untuk (perlumbaan) yang kedua juga mencari penamat di podium (kedua atau ketiga) atau sebaliknya.”

Zaqhwan kini mendahului kelas Supersport­s 600cc dengan 138 mata manakala dua pelumba Jepun, Ito dan Taiga Hada pula berkongsi 134 mata di tangga kedua dan ketiga.

Azlan pula berada di tangga keempat dengan 128 mata – 10 mata ketinggala­n di belakang Zaqhwan – manakala rakan sepasukann­ya, Ahmad Yudhistira kelima dengan 110 mata.

 ??  ?? Zaqhwan (depan) akan beraksi pada pusingan kemuncak ARRC dijadual berlangsun­g di Litar Buriram, Thailand pada 2 hingga 3 Disember ini.
Zaqhwan (depan) akan beraksi pada pusingan kemuncak ARRC dijadual berlangsun­g di Litar Buriram, Thailand pada 2 hingga 3 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia