Berita Harian

UKM FC cuba pancing pemain Thailand

- Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin tidak menolak kemungkina­n bakal menggunaka­n khidmat pemain Thailand menjelang saingan Liga Perdana musim depan.

Menurut Sulaiman, kunjungan beliau ke sebuah kelab termasyhur di Liga Satu Thailand pada minggu lalu membuahkan hasil apabila mengakui amat tertarik dengan gaya permainan beberapa pemain Bangkok Glass ketika lawatannya ke kelab berkenaan.

“Saya mengakui tertarik dengan seorang pemain Thailand yang juga tonggak utama pasukan Bangkok Glass. Dia memiliki visi dan teknik yang baik sebagai seorang pemain tengah yang boleh menjana serangan pasukan dengan berkesan.

“Kalau boleh saya mahukan pemain itu untuk memenuhi kuota pemain dari ASEAN sekali gus membantu UKM FC dalam kempen liga pada musim depan.

“Masih terlalu awal mengesahka­n kehadirann­ya kerana kita juga perlu bajet pasukan. Sekiranya ada rezeki, saya memang mahukan dia,” katanya tanpa mahu mendedahka­n nama pemain itu.

Mohon guna stadium Cheras

Sulaiman melakar kejutan dengan membimbing UKM FC muncul naib juara Piala FAM musim ini berkunjung ke Bangkok Glass bagi melihat sendiri kemudahan dan fasiliti yang terdapat di kelab berkenaan selain turut mempelajar­i sistem serta falsafah permainan pasukan itu.

“Banyak perkara positif berjaya saya raih sepanjang lawatan kerja ke sana. Fasiliti mereka cukup baik, malah padang di stadium utama (Stadium Leo) mereka juga antara yang terbaik di rantau ini.

“Saya amat kagum dengan kesungguha­n pemilik kelab berkenaan yang begitu serius menjaga kemudahan untuk digunakan oleh pemain mereka,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Sulaiman mengesahka­n pihaknya akan memohon kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk menggunaka­n Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai venue utama mereka.

“Ketika ini kami berusaha mendapatka­n stadium di Cheras. Memandangk­an HUKM (Hospital UKM) di depan stadium itu, kami rasa ia pilihan tepat buat pelajar dan kakitangan untuk menyokong pasukan apabila beraksi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia