Berita Harian

Semangat T-team tak luntur

Skuad The Titans tetap berlatih biarpun bakal turun pangkat ke Liga Perdana

- Oleh Faizul Azlan Razak

Biarpun status pasukan belum diputuskan oleh kerajaan negeri, namun pemain T-team mengetepik­an kemelut yang melanda dengan meneruskan latihan seperti biasa.

Latihan skuad The Titans dikendalik­an penolong ketua jurulatih T-team, Mohd Azhari Salim selepas barisan kejurulati­han dari Indonesia diketuai pengendali, Rahmad Darmawan kini masih berada di negara mereka.

Mohd Azhari berkata, sebahagian besar skuad kecuali pemain import masih memiliki kontrak bersama pasukan sehingga musim depan, mana- kala bakinya akan tamat pada akhir bulan ini.

Katanya, dia memuji semangat dan komitmen yang diberikan pemain sekalipun desas-desus kuat mengatakan TTeam bakal bermain di Liga Perdana musim 2018.

“Sekalipun belum ada kata putus, tetapi saya bersama pemain tetap menjalani latihan kerana menghormat­i kontrak bersama pasukan ini,” katanya.

Masih bincang

Sebelum ini, Timbalan Presiden 1, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Nawawi Wan Ismail mengesahka­n hanya satu pasukan dari Terengganu yang akan beraksi dalam saingan Liga Super, manakala T-team beraksi pada Liga Perdana musim depan.

Rabu lalu, Menteri Besar Te- rengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan, perkara itu masih dalam perbincang­an pengurusan dan akan diputuskan oleh jawatankua­sa PBSNT.

Sehubungan itu, Mohd Azhari berkata, pihaknya masih menunggu keputusan muktamad yang akan diputuskan (Ahmad Razif) mengenai nasib TTeam, sama ada kekal bermain di Liga Super atau mahu meneruskan penjenamaa­n semula pasukan musim depan.

“Pasukan T-team diberi tempoh sehingga Rabu ini (esok) untuk menghantar borang pengesahan penyertaan bertanding Liga Super musim depan.

“Jadi, kami mengharapk­an Menteri Besar dapat memberikan berita gembira buat pegawai, pemain dan penyokong T-team,” katanya.

 ??  ?? Pemain T-team meneruskan latihan ketika nasib mereka masih belum ada kata putus untuk hadapi Liga M 2018.
Pemain T-team meneruskan latihan ketika nasib mereka masih belum ada kata putus untuk hadapi Liga M 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia