Berita Harian

‘PBSNT usah bertindak melulu’

- Oleh Malik Muhamad

Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) diminta tidak membuat keputusan melulu ‘menurunkan pangkat’ T-team ke Liga Perdana musim depan.

Bekas pemain Terengganu era 1990an, Mohamad Ishak Kunju Mohamad berkata, PBSNT perlu memikirkan kesan langkah itu kerana dibimbangi ia membawa penyesalan andai skuad Terengganu pula tersingkir ke Liga Perdana pada musim 2019.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak menyelamat­kan TTeam menjelang tarikh akhir pendaftara­n ke Liga M, yang berakhir esok.

Pendirian pemain pertahanan yang digelar ‘buldozer’ berusia 45 tahun itu senada dengan bekas jurulatih T-team, Mohd Azraai Khor Abdullah yang mahu pasukan kekal di liga berkenaan.

Ishak yang pernah beraksi sezaman dengan Ahmad Paijan, Zahasmi Ismail dan Azman Ismail dalam skuad Penyu turut mengharapk­an PBSNT tidak melakukan perubahan drastik pada ketika ini.

Menurutnya, langkah itu perlu bagi memastikan negeri itu berjaya melahirkan lebih ramai lagi pemain muda berbakat yang diberi peluang beraksi bersama skuad Piala Presiden.

“Jika T-team berjaya muncul juara atau naib juara Liga Perdana, sudah pasti pasukan ini akan melangkah ke Liga Super pada 2019.

Usah gabungkan pasukan

“Tetapi, jika PBSNT mahu terus kekalkan skuad The Titans itu beraksi di Liga Perdana, sudah pasti ia merugikan pasukan dan pemain itu sendiri kerana tidak boleh ‘naik pangkat’.

“Saya juga khuatir akan wujudnya gejala tidak sihat dan pemain juga tidak mempunyai motivasi tinggi, sekali gus mampu ‘membunuh’ karier pemain dan jurulatih tempatan teru- tama dari Terengganu,” kata Ishak.

Keputusan drastik itu juga menyebabka­n Ishak bimbang, pasukan negeri akan hilang ramai pemain berbakat kerana peluang untuk menyertai pasukan utama semakin sempit.

Sebelum ini, PBSNT merancang mahu menyenarai­kan satu pasukan saja beraksi di Liga Super dan satu lagi di Liga Perdana, walaupun Terengganu dan T-team layak beraksi dalam Liga Super musim 2018.

PBSNT juga menyatakan akan hanya ada satu pasukan Piala Presiden dan Piala Belia dari Terengganu musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia