Berita Harian

JDT gugur Cabrera, Guerra

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Juara Liga Super empat kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat kejutan apabila menggugurk­an dua pemain import mereka, Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra yang baru sahaja menyertai skuad Harimau Selatan itu pada musim 2017.

Perkembang­an itu diumumkan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers, sekaligus menyaksika­n ‘jodoh’ dua pemain kelahiran Argentina itu dengan pasukan terbabit hanya dapat bertahan selama semusim.

“Kami ingin mengucapka­n setinggi-tinggi terima kasih kepada Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra. Pintu JDT sentiasa terbuka untuk kedua-dua pemain ini dan kami yakin mereka akan menjadi sebahagian daripada kelab ini pada masa akan datang.

“Mereka berdua sangat profesiona­l dalam dan luar padang dan kami beruntung mempu- nyai kedua-dua pemain ini yang menjadi sebahagian daripada projek JDT.

Jorge Diaz kembali

“Terima kasih dan tahniah juga diucapkan dalam membantu JDT memenangi kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia barubaru ini. Syabas dan selamat maju jaya kepada Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra,” kata Prest dalam satu kenyataan di laman rasmi pasukan terbabit.

Penggugura­n dua pemain im- port ini diumumkan selepas JDT berjaya mengikat kembali bekas penggempur mereka, Luciano Figueroa yang keluar daripada persaraan untuk kembali beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Malah bukan sahaja Figueroa, JDT turut memanggil kembali penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Jorge Pereyra Diaz untuk menyertai mereka bagi mengharung­i musim baharu.

 ??  ?? Gonzalo Cabrera
Gonzalo Cabrera
 ??  ?? Gabriel Guerra
Gabriel Guerra

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia