Berita Harian

Azraai kecewa sikap KFA

Anggap pengurusan persatuan cuai lepaskan peluang beraksi di pentas AFC

- Oleh Rodly Fadly

Azraai Khor Abdullah menganggap kegagalan pasukan Kedah mendapatka­n lesen untuk bertanding dalam Piala AFC musim depan sesuatu yang sangat merugikan selepas berjaya melayakkan diri secara merit sebagai juara Piala FA 2017.

Azraai yang pernah membawa skuad Helang Merah beraksi pada Piala AFC pada 2008 dan 2009 berkata, kecuaian seumpama ini tidak sepatutnya berlaku terutama dalam era bola sepak profesiona­l.

“Kita menunggu sekian lama untuk melihat Kedah kembali beraksi pada pertanding­an peringkat Asia. Pemain telah bertungkus lumus di tengah padang untuk mencapainy­a.

“Ini peluang terbaik untuk mereka meningkat ke satu tahap lagi pertanding­an. Malah, penyokong sendiri teruja untuk melihat Kedah beraksi pada peringkat Asia.

“Tapi, tiba-tiba keadaan seperti ini berlaku kerana kesilapan kita sendiri. Ia sukar diterima bukan saja oleh pemain malah penyokong.

Kecewa kecuaian

“Saya sendiri, walaupun sudah tidak terbabit dengan pasukan tetap berasa sedih dan kecewa. Ia tidak patut berlaku,” ujar Azraai.

Kelmarin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan menjelaska­n, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak mendapat lesen bertanding pada peringkat AFC selepas gagal menghantar penyata kewangan beraudit kepada badan induk berkenaan pada tarikh tutup ditetapkan.

Kegagalan Kedah itu mungkin membuka ruang pasukan lain untuk mengisi slot berkenaan terutama Pahang yang muncul naib juara Piala FA 2017.

Azraai bagaimanap­un tidak mahu isu itu dijadikan medan untuk mencari salah sesiapa dalam KFA, sebaliknya ia perlu dijadikan iktibar.

“Saya tidak pasti di mana silapnya, adakah KFA mengambil mudah perkara ini atau berlaku salah komunikasi antara badan bola sepak itu dengan FAM.

“Tapi, jika menurut penjelasan FAM, mereka sudah memberi masa mencukupi untuk KFA menyelesai­kan isu ini, jadi masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

“Sekarang, tidak guna lagi untuk mencari salah siapa. Cuma, saya berharap ia menjadi pengajaran kepada KFA untuk memastikan ia tidak berulang,” katanya.

 ??  ?? Kecuaian dapatkan lesen untuk pasukan Kedah bertanding Piala AFC musim depan tidak patut berlaku.
Kecuaian dapatkan lesen untuk pasukan Kedah bertanding Piala AFC musim depan tidak patut berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia