Berita Harian

Kedah pilih Marcote tolak Gomez

- Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Bekas jurulatih Kedah, Ramon Marcote kini menjadi calon pilihan untuk membimbing skuad Helang Merah selepas Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasrat mereka membawa masuk bekas pengendali kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez.

Sebelum ini, KFA ada mengadakan perbincang­an berhubung tawaran kontrak yang sudah dipersetuj­ui oleh Gomez, namun pihak pengurusan skuad juara Piala FA itu ak- hirnya mengubah keputusan.

“Saya tidak akan membimbing Kedah, mereka sudah memilih jurulatih lain. Mereka sudah menghubung­i saya dan memaklumka­n keputusan itu,” katanya ketika dihubungi di Argentina.

Gomez, 60, sebelum Ini mendapat perhatian KFA atas pencapaian­nya bersama JDT selama dua tahun, dengan merangkul Piala AFC 2015, Liga Super 2015, 2016 dan Piala FA 2016.

Bagaimanap­un, keputusan itu berubah dipercayai ada kaitan dengan faktor kegagalan Ke- dah beraksi di saingan Piala AFC tahun depan.

Calon Brazil

Tambahan pula, seorang lagi calon, Marcote memiliki kelebihan tersendiri apabila mendapat sokongan pihak penaja dan amat disenangi penyokong Helang Merah.

Marcote menyertai Kedah sebagai jurulatih kecergasan pada Januari 2015 dan pernah memangku tugas sebagai jurulatih ketika Tan Cheng Hoe mengikuti kursus kejurulati­han lesen A di China.

 ??  ?? Ramon Marcote
Ramon Marcote

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia