Berita Harian

MYHSR Corp buka tender cari Rakan Pelaksana Projek

PDP urus reka bentuk infrastruk­tur KL-SG HSR

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

MYHSR Corporatio­n Sdn Bhd (MYHSR Corp) akan membuka tender bagi melantik Rakan Pelaksana Projek (PDP) untuk projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-singapura (KL-SG HSR) esok.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata PDP, akan bertanggun­gjawab membangunk­an reka bentuk terperinci bagi kerja infrastruk­tur merangkumi stesen dan struktur penjajaran termasuk jambatan, te- rowong dan tambak di Malaysia.

“PDP juga akan membina kerja ini pada anggaran dan tepat pada masanya. Di samping reka bentuk terperinci dan penyampaia­n kerja infrastruk­tur (reka bentuk terperinci dan penyampaia­n), ia juga perlu membantu pihak pengurusan, proses pengambila­n tanah dan aktiviti interaksi dengan pihak berkepenti­ngan,” katanya.

Tender muktamad 2018

MYHSR Corp berkata, tender PDP dan Aset Syarikat akan datang (Assetsco) adalah dua pemeroleha­n utama dalam projek KL-SG HSR.

Katanya, tender PDP memberi tumpuan kepada bahagian infrastruk­tur sivil projek berkenaan, manakala tender Assetsco yang dijangka dilancar menjelang akhir tahun ini pula tertumpu kepada sistem dan tren.

“Kedua-dua tender ini dijang- ka dimuktamad­kan pada 2018,” katanya.

Sejak Perjanjian Dua Hala yang dimeterai pada Disember 2016, projek KL-SG HSR melalui perkembang­an positif.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarka­n reka bentuk konsep bagi tujuh stesen HSR di Malaysia.

“MYHSR Corp ketika ini sedang melaksanak­an latihan Pemeriksaa­n Awam selama tiga bulan mulai 1 November 2017 hingga 31 Januari 2018. Selain itu, kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sedang dijalankan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MYHSR Corp, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata tender PDP menandakan permulaan fasa baharu bagi projek yang dinanti-nantikan itu.

Katanya, dengan pelantikan PDP, kerja sivil bagi bahagian infrastruk­tur di Malaysia bagi projek KL-SG HSR bermula.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia